Senarai Pemenang Dewi Remaja 2022

Senarai Pemenang Dewi Remaja 2022

Di Pentas Terakhir telah menyaksikan peserta dari Sabah iaitu Tracie telah dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2022 dengan mengalahkan 10+3 finalist yang telah berjaya untuk sampai ke peringkat tersebut.

Finale Dewi Remaja telah disiarkan secara langsung pada 3 September 2022, hari Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan juga boleh strim di Astro Go. Malam itu juga, ada kejutan yang telah diumumkan.

Inilah kejutan yang telah berlaku pada malam tersebut dimana daripada 10 finalist hanya 4 peserta yang berjaya untuk peringkat kedua untuk Final Dewi Remaja kali ini. Ini bermakna, pada minggu akhir juga secara langsung masih ada penyingkiran berlaku sama seperti minggu-minggu sebelumnya.

Dewi Remaja 2022 kali ini menyaksikan 16 peserta yang berjaya terpilih untuk menyertai program pencarian wanita inpirasi dan telah mengharungi 8 minggu termasuk pada malam final tersebut untuk dewi-dewi merebut takhta Juara Dewi Remaja.

BACA : Senarai 16 Peserta Dewi Remaja 2022

Malam final menyaksikan 3 juri yang mengadili dewi-dewi tersebut dan mereka ialah Didie Alias, Izara Aishah dan Dato' Aznil Hj Nawawi. Manakala Fikry Ibrahim bertanggungjawab mengendali acara sebagai hos sama seperti minggu-minggu sebelumnya.

Dewi Remaja 2022 telah bersiaran selama 8 minggu bermula 16 Julai 2022, setiap hari Sabtu pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.

Senarai Pemenang Dewi Remaja 2022

Juara Dewi Remaja membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 bersama trofi, mahkota Dewi Remaja dan selempang. Naib Juara pula memenangi RM7,000, sebuah trofi dan selempang. Manakala Tempat Ketiga dan Keempat masing-masing bawa pulang RM5,000 dan RM1,000 juga bersama trofi dan selempang.

Kategori Khas

  • Anugerah Dewi Activ Kinohimitsu - Alyssa
  • Dewi Inspirasi - Tracie

Pemenang

  • Juara - Tracie
  • Naib Juara - Bee Aishah
  • Tempat Ketiga - Kimberly
  • Tempat Keempat - Alyssa

Tahniah gadis Sabahan! Muka pun seakan Mira Filzah, mungkin itu tuah untuk anda dinobatkan sebagai Juara Dewi Remaja 2022 sebaris Shaza Bae, Raysha Rizrose dan Neelofa.


Sumber : Remaja

Post a Comment

Previous Post Next Post