Senarai Konsert Berlangsung Di Malaysia Tahun 2022

Senarai Konsert Berlangsung Di Malaysia Tahun 2022

Selepas lebih dua tahun, dunia dikejutkan dengan penyebaran wabak sehingga menyebabkan segala aktiviti hampir lumpuh ketika itu termasuklah penganjuran konsert yang berlaku di seluruh dunia.

Kini tidak lagi apabila secara perlahan-perlahan pelbagai industri mula bergerak seperti sedia kala termasuk industri hiburan. Tanpa berlengah lagi, sudah banyak penganjuran konsert telah dan bakal diadakan termasuk di Malaysia.

Sepanjang tahun 2022 ini, banyak selebriti atau penyanyi yang menganjurkan siri jelajah dan konsert besar-besaran termasuk artis dalam negara dan antarabangsa. Selepas lebih 2 tahun tidak beraksi, inilah masanya.

Selain itu, pastinya peminat-peminat juga merindui aksi artis kesayangan di pentas besar dengan nyanyian secara langsung. Ini sekali gus dapat mendekatkan peminat atau mungkin die hard fan bersama artis pujaan mereka.

Malaysia tidak ketinggalan apabila ramai artis yang menjadikan ianya salah satu destinasi singgahan atau Tour 2022 mereka. Disini apa kurangnya peminat-peminat dan inilah masanya juga untuk bergembira dengan lagu-lagu kesukaan mereka

Senarai Konsert Yang Berlangsung Di Malaysia Tahun 2022

Jadi jom kita tengok, antara persembahan atau konsert yang bakal berlangsung di Malaysia daripada artis antarabangsa sepanjang tahun 2022

  • 18 Ogos 2022 - Billie Eilish
  • 9 & 10 September 2022 - Dewa 19
  • 1 Oktober 2022 - Fourtwnty
  • 10 Oktober 2022 - Super Junior
  • 15 Oktober 2022 - Boys Like Girls
  • 25 Oktober 2022 - Justin Bieber
  • 27 Oktober 2022 - Calum Scott
  • 2 November 2022 - Rossa
  • 3 November 2022 - Russ
  • 6 November 2022 - LANY
  • 12 November 2022 - NOAH
  • 19 November 2022 - Ungu
  • 25 November 2022 - Boy Pablo
  • 2 & 3 Disember 2022 - Keshi
  • 17 Disember 2020 - Afghan

⏩ Tiket Konsert Murah DISINI


#1 - Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022

Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022

Ini merupakan konsert sulung Billie Elish di Malaysia. Konsert tersebut bakal di adakan pada 18 Ogos 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya dinamakan Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 itu dianjurkan Live Nation Malaysia.

Selain Malaysia, Billie Eilish juga turut singgah di beberapa buah negara antaranya Filipina, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Singapura

Penjualan tiket telah dibuka bermula 24 hingga 27 Jun 2022 dengan harga RM308, RM408, RM508 dan RM598 yang boleh dibeli menerusi laman web www.livenation.my

#2 - Anniversarry 30 Years Of Dewa 19 Tour

Anniversarry 30 Years Of Dewa 19 Tour

Untuk peminat Dewa 19 dimana mereka bakal mengadakan Konsert Ulang Tahun Ke-30 Dewa 19 di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 10 September 2022. Maklumat terbaru, buat baladewa dan baladewi di Malaysia, mereka buat keputusan untuk adakan satu hari lagi konsert iaitu pada 9 September 2022. Jadi di Malaysia ada 2 hari konsert tau.

Sempena 30 tahun, Dewa 19 akan jelajah di 30 Kota termasuk Kuala Lumpur dengan membawakan 30 buah lagu bersama barisan vokalis Dewa 19 seperti Ari Lasso, Once dan Ello untuk setiap konsert.

Penjualan tiket telah dibuka bermula 18 Julai 2022 dengan harga RM188, RM168, RM288, RM388 dan RM488 yang boleh dibeli menerusi laman web www.ticket2u.com.my/30-years-of-dewa19-anniversary-tour-live-in-kuala-lumpur. Manakala untuk tiket hari baru tersebut, boleh beli mulai 19 Julai 2022 jam 3.00 petang.

#3 - Fourtwnty Heliotropisme LIVE Di Zepp Kuala Lumpur

Fourtwnty Heliotropisme LIVE Di Zepp Kuala Lumpur

Ini bukanlah kali pertama Fourtwnty muncul di Kuala Lumpur dan kali ini pastinya akan lebih ditunggu-tunggu oleh para peminat. Ianya bakal berlangsung pada 1 Oktober 2022 di Zepp Kuala Lumpur

Selain daripada tour di Kuala Lumpur, konsert Fourtwnty juga telah berada di 10 buah lokasi di Indonesia antaranya Medan, Makassar, Malang, Pelambang dan Yogyakarta.

Tiket konsert Fourtwnty Heliotropisme LIVE telah pun mula dijual pada 8 Julai 2022 dengan harga RM150, RM200, dan RM500 yang boleh dibeli menerusi laman web www.myticket.asia

#4 - Boys Like Girls Tour 2022

Boys Like Girls Tour 2022

Boys Like Girls Tour 2022 akan berlangsung pada 15 Oktober 2022. Untuk info lanjut, boleh rujuk laman web www.boyslikegirls.com

⏩ Tiket Konsert Murah DISINI

#5 - Justice World Tour Justine Bieber

Justice World Tour Justine Bieber

Pada awalnya, Justine Bieber telah mengumumkan dua tarikh konsert di Asia Tenggara iaitu KL dan Jakarta sebagai sebahagian daripada konsert jelajah Justice World Tour yang di adakan di 20 negara tahun ini.

Konserti di Kuala Lumpur yang bakal diadakan di Stadium Negara Bukit Jalil akan berlangsung pada 22 Oktober 2022. Kemudian akan terbang ke Jepun seperti di Nagoya, Osaka dan Tokyo.

Tiket telah pun mula dijaul pada 31 Mac yang lalu dengan harga antara RM288 sehingga RM1088 yang boleh dibeli menerusi laman web www.golive-asia.com/justin-bieber-world-tour/

*walaubagaimanapun, konsert ini masih dalam tanda tanya adakah ditangguhkan atau dibatalkan

#6 - Calum Scott - 'Bridges Asia' Tour 2022

Calum Scott - 'Bridges Asia' Tour 2022

Penyanyi Calum Scott telah mengumumkan siri jelajah Asia yang dinamakan dengan 'Bridges' Asia Tour 2022 termasuk Tokyo, Bangkok dan Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, kosert tersebut akan berlangsung pada 27 Oktober 2022, pada jam 8.30 malam bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre.

Telah telah mula dijual pada 15 Jun 2020 dengan harga RM258, RM298 dan RM328 yang boleh dibeli menerusi laman web www.golive-asia.com/calum-scott-bridges-asia-tour-2022-kuala-lumpur

#7 - The Journey Is Everything World Tour 2022

The Journey Is Everything World Tour 2022

Penyanyi dan juga rapper, Russ kembali ke Malaysia dalam siri jelajah 'The Journey Is Everything' yang akan berlangsung pada 3 November 2022 yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Tiket telah pun mula dijual dengan harga RM195 untuk tiket biasa dan RM250 untuk tiket VIP yang boleh dibeli menerusi laman web events.pouchnation.com/russ

#8 - LANY a november to remember

LANY a november to remember

Peminat LANY pastinya teruja apabila mereka akan datang ke Malaysia dalam siri jelajah Asia 'LANY a november to remember' ke negara-negara lain juga seperti Singapura, Filipina dan Indonesia.

Konsert LANY akan berlangsung pada 6 November 2022 di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pada jam 8.30 malam.

⏩ Tiket Konsert Murah DISINI

Tiket telah mula dijual pada 10 Jun 2022 dengan harga bermula RM298 sehingga RM1008 yang mana boleh beli menerusi laman web www.livenation.my/lany-a-november-to-remember

#9 - Boy Pablo @ Zepp KL

Boy Pablo @ Zepp KL

Boy Pablo Asia Tour 2022 telah menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi singgahan penyanyi tersebut selain daripada Filipina, Singapura, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan.

Konsert Boy Pablo akan berlangsung pada 25 November 2022 bermula jam 8.00 malam bertempat di Zepp KL, Kuala Lumpur.

Tiket telah mula dijual pada 17 Mei 2022 dengan harga RM175, RM235 dan RM250 yang mana boleh dibeli menerusi laman web www.onionproduction.com/event-details/boy-pablo-asia-tour-2022-kuala-lumpur-2

#10 - Hell/Heaven Tour Asia

Hell/Heaven Tour Asia

Keshi telah mengumumkan konsert jelajar Asia yang mana bakal berlangsung Hell/Heaven di enam negara Asia lain seperti Bangkok, Singapura, Seoul, Tokyo, Manila, Taipei dan termasuklah di Kuala Lumpur.

Konsert Keshi akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 2 dan 3 Disember 2022 pada jam 8.30 malam bertempat di Live 8, KL Convention Centre.

Tiket telah mula dijual dengan harga RM188 yang mana boleh dibeli menerusi laman web https://www.livenation.my/keshi-live-in-kuala-lumpur/

#11 - Super Show 9: Road in Kuala Lumpur (Super Junior World Tour)

Super Junior World Tour

Kumpulan K-pop Super Junior akan datang ke Malaysia dalam Super Junior World Tour pada 10 Oktober 2022 bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil bermula 5.00 petang.

Tiket boleh dibeli dengan harga bermula RM288 sehingga RM899 (Super Fan) atau RM2,500 untuk VIP Box (Meet & Gree) menerusi laman web www.viagogo.com/Super-Junior-Tickets/

#12 - 26th Anniversary Concert Live In Malaysia 2022

26th Anniversary Concert Live In Malaysia 2022

Selain daripada Dewa, kumpulan dari Indonesia, Ungu juga akan datang ke Malaysia bagi mengadakan konsert untuk peminat-peminatnya di Malaysia iaitu sempena ulang tahun ke-26 tertubuhnya kumpulan tersebut.

26th Anniversary Concert Live in Malaysia 2022 akan berlangsung pada 19 November 2022, pada jam 8.30 malam di Menara PGRM, Kuala Lumpur

Tiket mula dijual dengan tanda harga bermula RM188 sehingga RM598 untuk VVIP. Anda boleh beli menerusi laman web starplanet.com.my atau di www.ticket2u.com.my/ungu

#13 - Afghan Evolution Kuala Lumpur

Afghan Evolution Kuala Lumpur

Seorang penyanyi yang terkenal dengan suara yang serak-serak basah daripada seberang, Afghan akan mengadakan konsert solo nya di Kuala Lumpur pada 17 Disember 2022 di Plenary Hall, KLCC menerusi Afghan Evolution Kuala Lumpur.

Tiket dijual dengan 6 pilihan harga bermula dengan RM258 (Wallflower) sehingga paling mahal RM1388 (Confession no 1) termasuk untuk Meet & Greet. Tiket boleh dibeli secara online di www.golive-asia.com/afgan-evolution

#14 - Rossa 25 Shining Years (2 November 2022, Planery Hall, KLCC)

Rossa 25 Shining Years Concert In Kuala Lumpur

Rossa juga tidak ketinggalan untuk datang ke Malaysia bagi mengadakan konsert disini. Beliau akan mengadalam konsert Rossa 25 Shining Years Concert pada 2 November 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC sama seperti Afghan.

Harga tiket boleh dibeli bermula dengan harga RM218 untuk Cat 3 sehingga RM5,000 untuk Diamond Plus VIP. Pautan pembelian akan dikemaskini.

#15 - Yolo Khatulistiwa NOAH Live In KL

Yolo Khatulistiwa NOAH Live In KL

Lagi artis dari seberang datang ke Malaysia untuk adakan konsert. Kali ini menerusi Noah Band (sebelum ini Peterpan) akan adakan Yolo Khatulistiwa Noah Live In KL pada 12 November 2022 bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Harga tiket ditawarkan bermula RM330 (Free Standing) sehingga RM8898 untuk SVIP. Tiket juga boleh dibeli mulai 7 September 2022 di yolomalaysia.ubertickets.my

*Katanya pada 2023 kelak akan ada konsert daripada Jay Chou dan Blacpink. Stay tune, akan dikemaskini jika ianya sudah rasmi kelak.

Post a Comment

Previous Post Next Post