Senarai Lokasi Pasar Malam Di Temerloh, Pahang

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Temerloh

Mana orang Temerloh, Pahang yang nak tahu lokasi tapak pasar malam di tempat anda, boleh lihat sini senarai lokasi pasar malam di Temerloh supaya mudah kalau anda nak datang sini nanti.

Mungkin orang tempata yang belum tahu atau yang baru berpindah atas urusan kerja atau datang belajar disini atau mungkin anda singgah beberapa hari tapi tak tahu lokasi pasar malam yang ada disini kan. Jangan risau, ada senarai lokasi untuk anda.

Pasar malam di Temerloh, Pahang ini juga tidak kurang meriahnya jika ingin dibandingkan dengan pasar malam di daerah-daerah lain. Masing-masing menawarkan ratusan menu dan keunikan makanan yang dijual. Nak cari ikan patin segar boleh la datang sini

Jadi sekiranya anda nak dapatkan makanan, barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan dan ayam segar, buah-buahan tempatan dan sebagainya, anda boleh datang ke mana-mana pasar malam yang disediakan.

Senarai Lokasi Pasar Malam Di Temerloh

Mungkin selepas ini, boleh jadikan melawat Pasar Malam ini sebagai senarai lawatan anda ke daerah Temerloh selain daripada datang ke Pekan Sehari. Waktu beroperasi bagi pasar malam di Temerloh adalah dari 5.00 petang hingga 9.00 malam

  • Pasar Malam Taman Temerloh Jaya - Isnin
  • Pasar Malam Taman Saga - Isnin
  • Pasar Malam Desa Murnin - Isnin
  • Pasar Malam Temerloh - Selasa
  • Pasar Malam Kg. Dato' Shariff Ahmad - Selasa
  • Pasar Malam Taman Tualang Indah - Rabu
  • Pasar Malam Pakr Seri Pakr Kumuning - Rabu
  • Pasar Malam Sri Ketumbit - Rabu
  • Pasar Malam Kuala Krau - Jumaat
  • Pasar Malam Lanchang - Jumaat
  • Pasar Malam Chatin - Jumaat
  • Pasar Malam Taman Bukit Bendera - Sabtu
  • Pasar Malam Seri Kerinau - Sabtu
  • Pasar Malam Desa Jaya - Ahad
  • Pasar Malam Mentakab - Setiap Malam

Senarai ini dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Temerloh - LIHAT SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post