Filem Mat Kilau Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 16 September Ini

Filem Mat Kilau Akan Ditayangkan Di Netflix Pada 16 September Ini

Akhirnya persoalan ramai telah terjawab apabila pihak Netflix telah mengumumkan akan menayangkan filem Mat Kilau di platform penstriman mereka bermula pada 16 September 2022 yang juga merupakan Hari Malaysia.

Sebelum ini Mat Kilau telah menjadi fenomena luar biasa dalam industri perfileman tanah air apabila mencatatkan kutipan cecah RM90 juta dalam masa 33 hari sejak ditayangkan pada 23 Jun yang lalu dan menjadikan filem pecah panggung tertinggi bagi kategori tempatan dan antarabangsa selepas Munafik 2 dan Avengers: End Game.

Setiap hari jika anda datang ke pawagam, pastinya penuh dan padat dengan penonton bagi menyaksikan filem tersebut. Pelbagai lapisan masyarat di seluruh negara berpusu-pusu bagi menyaksikan filem biografik epik yang mengisahkan kebangkitan pahlawan Melayu menentang penjajah.

Sejurus selepas berminggu-minggu ditayangkan, orang ramai mula tertanya-tanya adakah filem Mat Kilau juga akan dimasukkan dan ditayangkan di platform penstriman terkenal di Malaysia terutamanya Netflix seperti filem-filem tempatan sebelumnya.

Filem Mat Kilau Akan Ditayangakan Di Netflix Pada 16 September 2022

Jadi menerusi klip video terbaru Netflix yang berkongsikan kandungan terbaru yang akan disiarkan sepanjangan September terdapat klip video Mat Kilau yang mengumumkan tayangan akan dibuat pada 16 September 2022. Lebih manis lagi, ianya adalah sama dengan Hari Malaysia.

Ini pastinya menaikkan lagi semangat patriotik rakyat Malaysia ketika menonton Mat Kilau dikala sambutan Hari Malaysia.

Selain itu, Netflix juga mengumumkan pelbagai filem dan siri yang akan mula bersiaran pada September ini seperti filem Blonde, Love In The Villa, Do Revenge, Fullmetal Alchemist The Final Alchemy dan banyak lagi        .

Manakala untuk siri pula seperti Fate: The Winx Saga musim kedua, Thai Cave Rescue, Cobra Kai musim kelima, Cyberpunk: Edgerunners dan banyak lagi.

Lepas ni boleh la tengok Mat Kilau bersama keluarga dan secara berulang-ulang!

Post a Comment

Previous Post Next Post