Lokasi Cawangan Kedai Pre-Loved Jalan Jalan Japan Di Malaysia

lokasi kedai jalan jalan japan di malaysia

Siapa je kan tak suka kepada barang terbaik dengan harga murah. Tawaran ini lah yang diberi daripada kedai Jalan Jalan Japan (JJJ) sebuah kedai yang menjual barangan pre-loved yang terbaik dengan harga yang murah.

Kena dengan nama, kebanyakkan barangan yang dijual di kedai ini adalah daripada Jepun yang mana pastinya masih baik dan berkualiti. Sejak dibuka pada 2016, kini sudah terdapat 9 cawangan di Malaysia termasuk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan banyak lagi.

Disini anda boleh dapatkan pelbagai barangan pre-loved seperti baju, seluruh, baju sejuk, jaket, kostum, beg tangan, topi, barangan dapur, alat muzik, kasut, barangan sukan, permainan, figurine, pinggan mangkuk dan banyak lagi.

Disini juga anda boleh dapatkan baju sejuk dengan harga RM20-RM30 sahaja. Pakaian harian seperti baju dan seluar pun anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM1 sahaja. Bagi yang berminat mengumpul figurine, disini juga terdapat banyak pilihan dengan harga yang sangat berbaloi.

Jika anda tidak berkesempatan untuk datang ke mana-mana cawangan JJJ kerana anda jauh, boleh sahaja dapatkan personal shopper - DISINI Mereka akan bantu dan belikan belikan barangan yang anda mahu 

Lokasi Cawangan Jalan Jalan Japan Di Malaysia

Jadi mungkin anda sedang mencari pakaian sejuk untuk travel tapi mahukan harga murah atau ingin dapatkan barangan keperluan sukan untuk anda gunakan di rumah, anda boleh datang ke mana-mana cawangan Jalan Jalan Japan yang ada di Malaysia.

Cawangan ini dibukat setiap hari bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Nak tahu, kat mana lokasi JJJ yang kini sudah dibuka, boleh tengok senarai dibawah:

Johor

KIP Mall, Tampoi
Lot No. S001-S002 KIP Mall Tampoi, Jalan Titiwangsa 2, Taman Tampoi Indah, 81200 Johor Bahru, Johor.

Kuala Lumpur

1 Shamelin Mall, Cheras
Lot L3-006, Level 3, 1 Shamelin Mall,  100, Jalan 4/91, Taman Shamelin  Perkasa, 56100, Kuala Lumpur.

M3 Mall, Taman Melati
Level 2,  @ M3 Mall, Taman Melati, Jalan Madrasah, Jalan 1/22a, Taman Melati, 53100 Kuala Lumpur

Selangor

One City Sky Park, USJ
Level 1A (Block A), Sky Park @ One City, 47650, Jalan USJ 25/1A, One City Sky Park, 47100 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan

KIP Mall, Bangi
2AT-01, 2nd Floor @ KIP Mall, Bangi, No. 1, Jalan Medan Bangi, Off Persiaran Kemajuan Seksyen 6, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor Darul Ehsan.

Tesco Rawang
Lot MA4, 1, Jalan Rawang, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Pulau Pinang

Tesco Extra, Seberang Jaya
2762, Persiaran Sembilang, 13700 Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Negeri Sembilan

CenterPoint Seremban
3-01, 3rd floor, CenterPoint Seremban, 3, Jalan Dato Siamang Gagap, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.

Setakat ini tiada lagi cawangan yang dibuka di bahagian Pantai Timur sama ada di Pahang, Terengganu atau Kelantan. Tapi boleh upah Personal Shopper dan biar mereka belikan dan post terus ke rumah anda.

Jangan lupa untuk datang ke Jalan Jalan Japan untuk menyelam dan dapatkan barangan yang terbaik dengan harga murah.

Post a Comment

Previous Post Next Post