Senarai Harga Baru Roti Gardenia Bermula 1 September 2022

Harga Baru Roti Gardenia Bermula 1 September 2022

Pihak Gardenia Bakeries KL Sdn. Bhd. telah mengumumkan perubahan atau kenaikan harga bagi produk-produk Gardenia yang telah disenaraikan berkuatkuasa pada 1 September 2022.

Perubahan atau kemaskini harga ini sepertinya berlaku sebanyak 2 kali dalam tempoh 1 tahun dimana kali terakhir diumumkan pada bulan Disember 2021 yang lalu. Kini selepas 9 bulan, ada lagi kenaikkan harga yang diumumkan.

Seperti yang diberitahu, kenaikan harga produk-produk Gardenia ini adalah disebabkan kenaikan kos dan bahan-bahan mentah seperti tepung gandum dan lemak sayuran serta kos pengangkutan yang mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang sangat ketara.

Disebabkan itulah, perubahan semula harga produk-produk ini menjadi pilihan terakhir setelah berusaha sedaya upaya melalui pelbagai cara bagi mencapai kecekapa dan produktiviti.

Walaubagaimanapun pihak Gardenia Bakeries sentiasa komited untuk mengekalkan kualiti produk ditahap yang optimum lain tidak bukan semata-mata untuk kepuasan semua pelanggan dan pengguna setiap roti Gardenia.

Senarai Harga Baru Roti Gardenia Bermula 1 September 2022

Sebanyak 53 produk yang mengalami perubahan atau kenaikkan harga bermula September ini. Antaranya Gardenia Original Classic naik sebanyak 20 sen menjadi RM3 manakala saiz Jumbo dengan harga baru, RM4.30 iaitu kenaikkan sebanyak 30 sen.

Boleh Semak Harga Gardenia - DISINI

Manakala roti kegemaran ramai Gardenia Quickbites Cream Roll untuk semua perasa (Vanila, Jagung & Coklat) naik sebanyak 10 sen kepada RM1.10 selepas ini. (Kena cari pula seposen nak beli tu)

  • Gardenia Original Classic - RM3.00
  • Gardenia Original Classic Jumbo - RM4.30
  • Gardenia Breakthru Wholemeal Bread with Canadian Purple Wheat - RM4.60
  • Gardenia Breakthru Bran & WheatGerm - RM3.50
  • Gardenia Bonjour Le Classique Sesawhite with Sunflower Seeds - RM5.00
  • Gardenia Sommerset Cottage Multi Grain & Seeds - RM5.50
  • Gardenia Double Choc Muffins - RM2.20
  • Gardenia Twiggies (All Flavour) - RM2.00
  • Gardenia Squiggles (All Flavours) - RM1.50
  • Gardenia Sandwich Bread Rools - RM2.90
  • Gardenia QuickBites (All Flavours) - RM1.10-RM1.60
  • Gardenia Fluffy Buns 6pc - RM4.00
  • Gardenia Puazz! Sambal Mackerel - RM2.50
  • Gardenia Puazz! Kari Ayam - RM2.50
  • Gardenia Puazz! Sambal Bilis - RM1.50
  • Gardenia Roll-Up Wraps (All) - RM5.20
  • Gardenia Toast'em (All Flavours) - RM5.50
  • Gardenia Toast'em Waffles (All Flavours) - RM1.50
  • Gardenia Auntie Rosie - RM3.50
  • Gardenia Delicia - RM2.00-RM17.10 
  • Gardenia Numee - RM1.90
  • Gardenia Numee Keluarga - RM2.80

Anda boleh juga rujuk jadual atau gambar dibawah bagi senarai penuh harga baru produk-produk Gardenia bermula 1 September ini.

Harga Baru Roti Gardenia Bermula 1 September 2022

Post a Comment

Previous Post Next Post