Contoh Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

Contoh Ucapan Dan Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

Hari Raya Aidiladha adalah salah satu daripada dua perayaan terbesar bagi umat Islam di seluruh dunia dan ianya juga dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji.

Setiap tahun, Hari Raya Aidiladha disambut pada hari ke-10 bulan Zulhijjah dalam kalendar Islam dan perayaan ini akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut iaitu sehingga 14 Dzulhijjah.

Selain daripada ibadah Haji di Mekah atau ibadah Korban bagi yang tidak mengerjakannya, semasa perayaan, kita boleh hantarkan ucapan selamat hari raya kepada yang tersayang, rakan-rakan dan keluarga.

Ucapan ini dibuat lebih-lebih lagi jika anda tidak dapat bertemu secara bersemuka mungkin disebabkan terpaksa bekerja atau tinggal berjauhan yang mana mereka tidak dapat pulang ke kampung halaman.

Jadi anda tidak punyai pilihan lain selain menghantar ucapan Aidil Adha kepada mereka melalui mesej teks dengan menggunakan media sosial seperti Whatsapp, facebook, twitter dan sebagainya.

Contoh Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

Berikut adalah beberapa ucapan dan contoh petikan Aidil Ada yang boleh anda gunakan untuk menghantar ucapan kepada orang yang tersayang untuk tahun 1443H atau tahun 2022

Ucapan 1

SALAM AIDILADHA
10 Zulhijjah 1443H 

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
،صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمْ
كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ
مِنَ العَائِدَيْنِ وَالفَائِزِيْنَ

Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.

Ucapan 2

Semoga kita semua dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan serta keredhaan daripada Yang Maha Esa. Dengan ingatan tulus ikhlas. Disusun sepuluh jari, mohon ampun dan maaf andai ada tersalah laku serta terkasar bahasa.

Ucapan 3

Seandainya inginkan kebahagiaan, kena sentiasa bersedia untuk berkorban. Kerana dalam tiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan. Semoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT. - Selamat Hari Raya Aidiladha

Ucapan 4

Seekor kambing hanya boleh dibuat korban untuk satu orang sahaja. Seekor lembu boleh dikongsi 7 orang untuk dibuat korban. Manakala, seorang suami pula boleh dikongsi dengan 4 orang wanita (Jika wanita tersebut sanggup berkorban). Selamat Hari Raya Korban.

Ucapan 5

Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidiladha. – Hadis Riwayat Imam Ahmad.

Ucapan 6

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung Erti sebuah PENGORBANAN

Contoh Pantun Hari Raya Aidiladha Tahun 2022

Berikut adalah beberapa pantun Aidil Ada yang boleh anda gunakan untuk menghantar ucapan kepada orang yang tersayang

Pantun Raya 1

Indah langit kerana awan
Indah laut kerana kebiruan
Indah Aidilfitri kerana kemaafan
Indah Aidiladha kerana pengorbanan



Pantun Raya 2

Bulan Zulhijjah bulan mulia
Disambut dengan hati gembiri
10 Zulhijjah kini menjelma
Ucapan di kirim maaf dipinta

Pantun Raya 3

Pergi ke masjid dengan bapa
Diajak bersama rakan serta taulan
Salam Hari Raya Aidiladha
Salah dan silap mohon dimaafkan

Pantun Raya 4

Lembu dan Kambing sedang menanti,
Untuk dikorbankan sekejap lagi,
Sucikan diri ikhlaskan hati
Semoga korban diterima ilahi

Pantun Raya 5

Cari cacing di bawah titi,
Buat umpan pergi mengail
Ibadah korban kita hayati,
Lambang pengorbanan Ibrahim & Ismail

SALAM AIDIL ADHA

Pantun Raya 6

Mentari jingga awan berarak,
Bulan tiba bersilih mentari,
Ibadah korban kita semarak,
Moga diterima Rabbul Izzati. 

Pantun Raya 7

Berhati-hati Dijalan Raya,
Biar Lambat Asalkan Selamat;
Selamat Hari Raya Aidiladha,
Kepada Semua Muslimin dan Muslimat.

Pantun Raya 8

Tua, muda miskin dan kaya,
Menyambut gembira Aidiladha
Covid-19 masih lagi ada
Hendaklah kita sentiasa berwaspada. 

Pantun Raya 9

Jika hendak pergi beraya,
Pakai mask jangan dilupa,
Ingatlah pesanan Abah kita,
Moga Covid-19 berakhir segera. 

Pantun Raya 10

Tibalah kita dimusim perayaan
Ada yang pulang ke kampung halaman,
Sekiranya kita melakukan korban,
Penjarakan sosial jangan diabaikan

Pantun Raya 11

Anak bulan sudah kelihatan,
Bulan Zulhijjah menjelma lagi,
Frontliner negara tidak dilupakan,
Pengorbanan mereka banyak sekali.

Pantun Raya 12

Jangan Engkau Termenung Sahaja,
Cepatlah Siap Untuk Beraya,
Ingin Achik Ucapkan Buat Semua,
Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Pantun Raya 13

Bila Ayam Dah Tak Selera Makan,
Kambing Pula Resah,
Lembu Pura-Pura Gila,
Unta Jer Nampak Cool,
Itu Tandanya Raya Korban Dah Dekat.
Selamat Hari Raya Korban.

Pantun Raya 14

Apabila Terjaga Di Pagi Hari,
Lihat Semua Berlawa Sakan,
Aidil Adha Berkunjung Lagi,
Marilah Sama Kita Raikan.

Pantun Raya 15

Sukaria Di Hari Raya,
Orang Tua Jangan Dilupa,
Jasa Mereka Sangat Berharga,
Kalaulah Tiada Mereka,
Siapalah Kita…

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA


Semoga dengan koleksi ucapan dan pantun Hari Raya Aidiladha ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim terutamanya yang jauh dan menjadi lebih erat untuk yang didepan mata.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 

Post a Comment

Previous Post Next Post