Tonton Drama Selamanya Suri Cinta Di TV9

Tonton Drama Selamanya Suri Cinta Di TV9

Menyusuli Air Mata Allisya, drama Selamanya Suri Cinta akan mengisi slot Diandra bermula 15 Julai 2022, setiap hari Khamis dan Jumaat, pukul 9.30 malam di TV9 dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman Disney+ Hotstar.

Drama bersiri 20 episod ini merupakan terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd., diarahkan oleh Zamri Zakaria serta nukilan skrip daripada Ramlah Rashid, Azilah Wahab, Eita Cardoba dan Haslizawati Hassan.

Naskah ini menampilkan pelakon-pelakon popular Malaysia seperti Siti Nordiana, Sham Visa, Faradhiya, Fahrin Ahmad, Raja Azmi, Adriana Alyssa, Ziqri Mikhail, Aryan Adzrin dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Selamanya Suri Cinta

Drama Selamanya Suri Cinta mengisahkan tentang Wanda dan Fairuz yang suka bersaing sejak zaman persekolahan sehinggalah ke alam perkahwinan, mereka tidak mahu kalah dan sentiasa ingin menjadi ibu dan bapa terbaik.

Sehinggalah, anak bongsu mereka iaitu Shazni menghidap Hemofilia dan Wanda terpaksa mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan tertinggi di syarikat dan melepaskan impiannya dan kini dia menjadi suri rumah.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya?

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Selamanya Suri Cinta setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 9.30 malam di TV9 atau strim secara online di Disney+ Hotstar untuk tontonan lebih awal.

Tonton Drama Selamanya Suri Cinta Di TV9

Tonton Drama Selamanya Suri Cinta Di TV9

Post a Comment

Previous Post Next Post