Tonton Drama Nenda Di TV3 (Slot Sakura)

Tonton Drama Nenda Di TV3

Drama bersiri terbaru Nenda akan mengisi slot Sakura bermula 12 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang yang akan disiarkan di TV3 dan juga aplikasi Disney+ Hotstar www.hotstar.com/my

Drama bersiri 20 episod ini merupakan idea asal daripada Datuk Hasniza Nordin bersama Rozie Rashid yang diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn. Bhd., diarahkan oleh Harris Fadzillah dengan nukilan skrip daripada Falriqz Naail dan Moonmk (PGRs Team)

Ianya menampilkan barisan pelakon seperti Fauziah Nawi, Kuna Muzani, Didie Alias, Mandy Chong, Rosli Rahman Adam, Qisya Hairulzain, Abdul Khaliq, Nabil Kidkylo, Camelia Natasya, Erry Putra, Shahruddin Thamby, Zazly Baginda, Naim Syamsul, Suky dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Nenda

Drama Nenda mengisahkan tentang empat sahabat yang sudah bertahun-tahun terpisah bertemu semula di kampung mereka untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi jiran mereka.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Nenda, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.00 petang di TV3 atau strim secara online di Disney+ Hotstar untuk tontonan lebih awal.

Tonton Drama Nenda Di TV3

Tonton Drama Nenda Di TV3

Post a Comment

Previous Post Next Post