Tonton Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin Di Astro Ria

Tonton Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin Di Astro Ria

Menyusuli Lockdown 2, Ratu Ten Pin 2: Shalin akan bersiaran bermula 11 Julai 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 11.00 malam menerusi saluran Astro Ria 104 dan di Astro Go (astrogo.astro.com.my)

Drama bersiri 20 episod kali ini merupakan sambungan daripada Ratu Ten Pin musim pertama yang mana kali ini jalan ceritanya diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli.

Sama seperti musim sebelumnya, musim kedua ini juga diterbitkan oleh syarikat produksi yang sama iaitu JS Pictures Sdn. Bhd. dan juga pengarah yang sama iaitu Azman Yahya atau dikenali juga dengan Jinggo.

Bukan itu sahaja beberapa pelakon juga dikekalkan disamping tambahan pelakon-pelakon baru. Antara yang terlibat seperti Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Wani Kayrie, Linda Onn, Riezman Khuzaimi, Dato' Fizz Fairuz, Syaidatul Afifah dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin

Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin kali ini bermula dengan watak Norma, Reez, Sandra dan Suzana yang kini sudah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Mem Maria yang juga merupakan jurulatih pasukan telah menjemput Shalin menyertai pasukan boling negara sebagai pemain baru untuk mencukupkan bilangan pemainnya.

Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini.

Setelah melihat kebolehan ahli baharu pasukan negara itu, Norma dan Sandra mula mencemburui kebolehan Shalin dan berpura-pura berbaik dengannya. Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin.

Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.

Jadi jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri Ratu Ten Pin 2: Shalin, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria 104, tonton secara On Demand atau strim secara online di Astro Go.

Tonton Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin Di Astro Ria

Tonton Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin Di Astro Ria

Tonton Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin Di Astro Ria

Post a Comment

Previous Post Next Post