Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3 Tahun 2022

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3 Tahun 2022

Program dengan tema muzik bersama elemen lawak Muzikal Lawak Supertstar kini kembali untuk musim ke-3 dengan tema baru iaitu membawa elemek rumpun Melayu. "Dalam Komedi Ada Nyanyian"

Kali terakhir adalah diadakan pada tahun 2021 dimana kumpulan Heart yang dianggotai oleh Danial Zaini, Azmi Saat dan Ezad Lazim telah menjadi juara. Jadi untuk musim terbaru ini siapakah yang bakal menjejak langkah mereka pula?

Muzikal Lawak Superstar 3 tahun 2022 menampilkan 12 kumpulan yang bakal memulakan cabaran sengit dimana disertai oleh barisan pelawak lama bersama-sama personaliti media sosial atau content creator yang juga turut mengambil bahagian sebagai peserta.

Untuk musim kali ini, sekali lagi Elly Mazlein atau biasa dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom akan berperanan sebagai hos tetap dan kali ini digandingkan dengan hos baru iaitu Sharnaaz Ahmad yang diperkenalkan pada malam konsert pertama.

Kemudian untuk barisan juri tetap pula, Dato' Awie masih dikekalkan bersama-sama dua juri tetap lain iaitu pelakon tersohor Malaysia, Siti Saleha dan juga juri daripada Singapura iaitu Najip Ali. Pihak juri merangkumi markah sebanyak 50% dan 50% lagi datang daripada undian secara online di www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.

Peserta-peserta akan bersaing bagi merebut gelaran juara Muzikal Lawak Superstar 3 sekali gus bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000, naib juara pula akan meraih RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing bawa pulang RM50,000 dan RM25,000.

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3

Muzikal Lawak Superstar 2022 akan berlangsung mulai 22 Julai 2022, setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di saluran Astro Warna 107 dan Astro Go selama 10 minggu.

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3 Tahun 2022

  • BAHROY:  Nizam Jentik Jentik, Shashic Iewan, Roy Azman
  • OOD : Man Raja Lawak, Chiwan, Zahid
  • ARTEH : Has, Dewa, Qody
  • BENJO : Noxx Hazwan Filzah Azmi, Kinjo
  • SOBAT : Che Mat, Najua P. Ramlee, DD Chronicle
  • WISEL : Wan Gegau, Salman Al-Farisi, Iskandar
  • ABIOSO : Sarip, Amin, Puspa Gomen
  • NGAM : Norzamanachok Chilok, Wan Wala, Aya Amiruddin
  • UBI : Fad Bocey, Sharif Zero, Name
  • JOKI : Gomok Gahai, Fuad Nasirr, Beby Acha
  • SELIT : Ajo, Azmir Aziz, Shidi DATA
  • CILI : Ali Puteh, Achey, Shiha Zikir

Siapakah yang bakal bergelar juara untuk musim kali ini agaknya?

Post a Comment

Previous Post Next Post