Senarai 24 Pasukan Layak Ke AFC Piala Asia 2023

Senarai 24 Pasukan Layak Ke AFC Piala Asia 2023

Selepas tamat Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang 14 Jun 2022 yang lalu, kini sudah lengkaplah 24 pasukan bola sepak yang akan bersaing dalam kejohanan AFC Piala Asia 2023 yang akan berlangsung tahun hadapan.

Pada awalnya, China menjadi tuan rumah bagi acara terbesar bagi benua Asia tersebut. Tetapi disebabkan masalah pandemik Covid-19 yang sepertinya masih belum reda di negara tersebut, China terpaksa menarik diri. Jadi buat masa ini, tiada lagi kenyataan rasmi negara mana bakal menggantikan China sebagai tuan rumah.

Pada awalnya, hanya 13 pasukan yang berjaya menempah tiket ke Piala Asia 2023 dan kemudian 24 pasukan bersaing sekali lagi dalam pusingan akhir kelayakan yang telah bermula dari 8 hingga 14 Jun 2022 yang lalu.

Daripada 24 pasukan tersebut, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan E bersama Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh. Hanya juara kumpulan dan 5 pasukan naib juara terbaik yang layak untuk ke Piala Asia 2023.

Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023

Selepas mengharungi 3 perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Malaysia telah melakar sejarah apabila layak ke Piala Asia secara merit buat kali pertama selepas 42 tahun yang mana kali terakhir adalah pada tahun 1980.

Malaysia Layak Ke Piala Asia 2023

Daripada tiga perlawanan tersebut, Malaysia meraih 6 mata selepas mengalahkan Turkmenistan (3-1) dan Bangladesh (4-1) yang sekali gus berada dalam 5 kelompok terbaik bagi pasukan naib juara untuk Kumpulan E dibelakang Bahrain yang meraih mata maksimum 9 mata.

Ini pastinya memberikan berita gembira kepada semua peminat bola sepak tanah air, apabila skuad Harimau Malaya bersama Ketua Jurulatih Kim Pan-Gon berjaya melayakkan diri untuk bersaing di peringkat tertinggi bagi rantau Asia.

Senarai Pasukan Layak Ke Piala Asia 2023

Sebanyak 24 pasukan yang layak ke AFC Asian Cup 2023 atau AFC Piala Asia 2023 iaitu:

  • Australia
  • Jepun
  • Iran
  • Iraq
  • Korea Selatan
  • Lebanon
  • Palestine
  • Oman
  • China
  • Qatar
  • UAE
  • Saudi Arabia
  • Vietnam
  • Jordan
  • Syria
  • Uzbekistan
  • India
  • Bahrain
  • Tajikistan
  • Thailand
  • Malaysia
  • Kyrgyzstan
  • Hong Kong
  • Indonesia

Tahniah Harimau Malaya. Kita layak ke Asia!

Post a Comment

Previous Post Next Post