Jadual Perlawanan Bola Sepak Kelayakan AFC Piala Asia 2023

Jadual Perlawanan Bola Sepak Kelayakan AFC Piala Asia 2023

Selepas mengharungi dua perlawanan persahabatan, seperti skuad Harimau Malaya kini bersedia bagi mengharungi perlawanan sebenar bagi Peringkat Akhir Kelayakan AFC Piala Asia 2023 bermula 8 Jun sehingga 14 Jun 2022 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perlawanan ini akan menuntukan nasib setiap pasukan adakah mereka layak untuk sertai Kejohanan AFC Piala Asia 2023 yang berlangsung di China bersama 13 pasukan lain yang telah pun layak pada peringkat awal sebelum ini.

Setakat ini, pasukan yang layak adalah China, Australia, Iran, Jepun, Korea Selatan, Lebanon, Oman, Qatar, Saudi Arabia, Syria, UAE dan Vietnam. Jadi untuk peringkat kelayakan terakhir ini sebanyak 24 negara lagi yang akan merebut 11 slot yang masih kosong untuk ke kejohanan bola sepak tertinggi di benua Asia tersebut.

Jadual Perlawanan Bola Sepak Kelayakan AFC Piala Asia 2023

Daripada 24 pasukan, mereka telah diasingkan dengan 4 pasukan bagi setiap 6 kumpulan. Juara bagi setiap 6 kumpulan dan 5 pasukan kedua terbaik akan layak untuk ke Kejohanan AFC Piala Asia 2023. Malaysia telah diundi dalam Kumpulan E bersama Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh.

Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 ini. Jadi kesemua 6 perlawanan untuk Kumpulan E akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Senarai Pemain Malaysia Bagi AFC Asian Cup 2023 Qualifiers 2023

Akhirnya selepas selesai perlawanan persahabatan, Ketua Jurulatih Kim Pan Gon telah mengumumkan 23 pemain yang telah dipilih untuk membawa cabaran skuad Harimau Malaya seperti yang diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Senarai Pemain Dalam Kelayakan AFC Piala Asia 2023

Jadual & Keputusan Perlawanan Kelayakan AFC Piala Asia 2023

Disebabkan Malaysia menjadi tuan rumah, jadi peminat boleh sepak tanah air boleh saksikan secara langsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan dapatkan tiket masuk segera untuk memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya.

Tapi yang tidak berkesempatan, anda masih lagi boleh saksikan secara langsung menerusi siaran Astro Arena 801 atau boleh strim secara online di Astro Go atau di Sooka.my. Selain itu, anda juga boleh saksikan di saluran TV9 atau secara online di www.tonton.com.my

Berikut merupakan jadual perlawanan Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang hanya melibatkan Kumpulan E sahaja termasuk Malaysia.

*Keputusan akan dikemaskini selepas tamat setiap perlawanan

8 Jun 2022 (Rabu)

  • Bahrain (2) - (0) Bangladesh
  • Turkmenistan (1) - (3) Malaysia
    • Safawi Rasid 11'
    • Faisal Halim 16'
    • Altymyrat Annadurdyyev 38'
    • Corbin-Ong 45'+2

Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3

|

11 Jun 2022 (Sabtu)

  • Bangladesh (1) - (2) Turkmenistan
  • Malaysia (1) - (2) Bahrain
    • Mohamadou Sumareh 55'
    • Ali Haram 57'
    • Abdulla Yusuf Helal 81' (P)

Live Streaming : Live 1 | Live 2 | Live 3 | Live 4 | Live 5

|

14 Jun 2022 (Selasa)

  • Bahrain (1) - (0) Turkmenistan
  • Malaysia (4) - (1) Bangladesh
    • Safawi Rasid 16' (P)
    • Dion Cools 38'
    • Mohammad Ibrahim 31'
    • Syafiq Ahmad 47'
    • Darren Lok 73'

Live Streaming (akan dikemaskini) : Live 1 | Live 2 | Live 3

*Malaysia layak ke Piala Asia 2023 bersama Bahrain untuk kumpulan E

Jadi sekiranya anda ingin dapatkan keputusan penuh bagi setiap kumpulan yang bertanding dalam Peringkat Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 kali ini, anda boleh pergi ke laman web www.the-afc.com/afc_asian_cup/

Post a Comment

Previous Post Next Post