Cara Tukar Ayam Goreng KFC Dengan Imbas Kod QR

Cara Tukar Ayam Goreng KFC Dengan Imbas Kod QR

KFC telah memperkenalkan program 1-to-1 exchange jika anda tidak berpuas hati dengan kualiti ayam goreng yang diberi oleh pihak mereka. Pelanggan boleh tukar ayam goreng dengan ayam goreng yang baru secara percuma.

Mungkin ketika anda membeli ayam goreng KFC, anda dapati kualiti ayam tersebut tidak memuaskan sama ada ada kesan hangus, terlalu berminyak, tidak sedap, atau tidak sejuk lagi, anda boleh terus mohon tukar dengan ayam goreng yang baru.

Walaubagaimanapun, program 1-to-1 exchange ini hanya sah untuk Ayam Goreng KFC sama ada Original Recipe atau Hot & Spicy sahaja. Untuk menu lain tak boleh tukar.

Sebab Untuk Pertukaran Ayam Goreng KFC Yang Baru

KFC hanya menetapkan hanya 6 sebab yang membolehkan anda tukar ayam goreng KFC yang baru iaitu :

  • Tidak cukup juicy
  • Hangus
  • Terlalu berminyak
  • Keras
  • Sejuk
  • Tidak sedap

Jika terdapat salah satu sebab ini, anda boleh tukar dengan ayam goreng yang baru serta merta. Tapi kenapa tiada untuk tukar saiz ayam?

Cara Tukar Ayam Goreng KFC Dengan Imbas Kod QR

Syarat Dan Terma Untuk Tukar Ayam Goreng KFC Yang Baru

  • Akan tetapi bagi melayakkan anda tukar ayam goreng yang baru, anda perlu tahun beberapa terma dan syarat yang ditetapkan oleh KFC
  • Pertukaran hanya boleh dibuat pada hari yang sama, di cawangan yang sama dengan perisa yang sama sahaja - Original atau Hot & Spicy
  • Hanya sah untuk Dine-in, Drive-Thru dan Takeaway. Pesanan yang dibuat menerusi KFC Delivery, Self Collect atau menggunakan delivery FoodPanda, GrabDood, ShopeeFood dan sebagainya tidak akan dilayan.
  • Pertukaran yang sah untuk ayam goreng yang belum dimakan atau hanya dimakan sedikit sahaja. Dah makan habis, tidak akan diterima
  • Pertukaran hanya boleh dibuat di kaunter sahaja.
  • Sila bawa resit pesanan ayam goreng tersebut

Hanya pertukaran dengan ayam goreng sahaja akan diberi. Tiada refund atau pertukaran dengan produk atau menu lain.

Cara Mohon Tukar Ayam Goreng KFC Dengan Hanya Baru

Tidak berpuas hati dengan ayam goreng KFC yang anda dapat? Jangan risau, anda kini boleh tukar dengan hanya baru menerusi program 1-to-1 exchange daripada KFC dengan cara:

  1. Imbas Kod QR yang dipaparkan di restoren KFC tersebut dan klik 'Get Replacement'
  2. Isi butiran diri dan beberapa maklumat yang diperlukan dan klik 'Submit'
  3. Akhir sekali datang ke kaunter dan buat pertukaran dengan serta merta

Cara Tukar Ayam Goreng KFC Dengan Imbas Kod QR

Jadi selepas itu, anda boleh nikmat Ayam Goreng KFC dengan lebih sedap dengan kualiti yang lebih baik. 

Tapi kenapa tiada pilihan untuk tukar ayam goreng kalau dapat saiz kecil? ermm

Post a Comment

Previous Post Next Post