Cara Daftar Akaun TikTok Shop 2024 Dan Mula Menjual Sebagai Seller

Cara Daftar Akaun TikTok Shop

Sekarang sudah banyak media sosial yang menyediakan platform untuk menjual secara sah disamping anda berinteraksi dengan rakan lain termasuk di TikTok yang mana ianya dikenali sebagai TikTok Shop.

TikTok kita lebih kenali sebagai platform perkongsian video dengan durasi pendek dan sederhana. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis video yang dipertontonkan yang dikongsikan sendiri oleh pengguna yang kini sudah ada di seluruh dunia.

Kini ianya sudah menjadi antara aplikasi yang banyak dimuat turun di seluruh dunia. Pada tahun 2019, telah dicatatkan 80 juta pengguna telah menggunakan TikTok dan dalam tahun yang sama juga, lebih 4 juta pengguna adalah datang daripada Malaysia.

Jika anda bukan TikTok pelbagai jenis video yang dikongsikan sama ada tips, tutorial, video menari, memasak, kewangan, lifestyle, sukan, isu semasa, video misteri dan banyak lagi termasuklah ada yang mengambil kesempatan untuk berniaga disini.

Cara Daftar Akaun TikTok Shop

Dengan jumlah pengguna yang besar di Malaysia yang mana pastinya menjadi platform yang terbaik untuk anda berniaga dan mencari pendapatan di sini disamping di laman e-dagang tersedia yang lain seperti Shopee dan Lazada.

Tetapi platform media sosial seperti TikTok ini bukanlah dicipta khas untuk anda berniaga. Tapi jangan risau, kerana itu pada awal penciptaannya yang mana kini tidak lagi kerana TikTok telah menyediakan ciri khas untuk berniaga di TikTok yang dikenali sebagai TikTok Shop.

Cara Daftar TikTok Shop Dan Mula Berniaga

TikTok Shop membenarkan pencipta kandungan seperti anda untuk mempamerkan produk jualan anda. Jika anda sertai, anda dibenarkan untuk kongsi kedai produk anda bersama penonton dalam video TikTok anda.

Syarat Untuk Daftar TikTok Shop

TikTok telah menetapkan dua syarat untuk melayakkan anda menggunaakn TikTok Shop iaitu:

  • Mempunyai follower lebih 1000
  • Berumur 18 tahun dan ke atas

Jika anda sudah capai syarat yang ditetapkan ini, anda boleh daftar TikTok Shop dan mula menjual produk bersama viewer dan followers anda di TikTok.

Daftar TikTok Shop

Pastikan anda sudah mempunyai akaun TikTok sama ada akaun Creators atau Business

  1. Kemudian pergi ke seller-my.tiktok.com/account/welcome dan kemudian Sign Up with Phone & Email atau menggunakan akaun TikTok anda.
  2. Pilih sama ada anda daftar sebagai Corporation atau Peniaga Persendirian. Jika anda pilih Corporation, anda perlu sediakan dokumen seperti SSM dan tunggu dokumen verify. Jika persendirian, upload MyKad sahaja
  3. Jika TikTok sudah sahkan dokumen tersebut, boleh start untuk add product, add akaun bank dan beberapa informasi yang diperlukan
  4. Pergi My Account > Seller Profile. Pada bahagian ini, isi semua maklumat iaitu pada seller info, biz info, warehouse pickup/return, payment Shipping guna J&T sahaja, TikTok yang tetapkan dan kadar juga ditetapkan oleh pihak TikTok.
  5. Untuk Affiliate Marketing. Klik pada Affiliate Marketing dan pilih Shop Plan dan kemudian tetapkan peratusan komisyen. Nanti ramai creators yang akan tolong sebagai affiliate untuk jual produk anda.
  6. Langkah seterusnya, anda hanya perlu tunggu sahaja pesanan atau order masuk.
  7. Selesai!

cara daftar tiktok shop

Untuk pengguna pula yang kali pertama ingin beli di TikTok, anda boleh dapatkan diskaun RM12 untuk pembelian pertama sahaja bagi mana-mana produk yang dijual dalam platform tersebut.

Jadi selain daripada upload video, anda juga boleh cari pendapatan tambahan sebagai seller di TikTok Shop juga. Trafik di TikTok pun dah tinggi kan, jadi lebih mudah untuk anda dapatkan pelanggan untuk beli produk anda.

Kalau anda nak ketahui dan belajar lebih mendalam berniaga di TikTok Shop, anda boleh dapatkan sahaja panduan ebook dibawah. Akan diterangkan secara keseluruhan dari mula hingga berjaya buat penjualan. Klik sahaj pada gambar dibawah

Cara daftar akaun TikTok Shop dan menjual sebagai seller


sumber : draensaari

1 Comments

Previous Post Next Post