Air Asia Mula Kenakan Bayaran RM20-RM30 Untuk Check-In Di Kaunter Bermula 1 September 2020

Air Asia Mula Kenakan Bayaran RM20-RM30 Untuk Check-In Di Kaunter Bermula 1 September 2020

Bermula 1 September 2020, Air Asia akan mula kenakan caj atau bayaran RM20 ke RM30 mengikut destinasi apabila anda check-in di kaunter.

Pengumuman ini dibuat oleh Air Asia melalui kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 1 September 2020 yang lepas. Walau bagaimanapun, tetamu boleh elak untuk dikenakan caj daftar masuk iaitu dengan check-in menggunakan kiosk daftar masuk tanpa sentuh atau menggunakan aplikasi telefon bimbit dan website AirAsia yang disediakan oleh Air Asia.

Air Asia Mula Kenakan Bayaran RM20-RM30 Untuk Check-In Di Kaunter Bermula 1 September 2020

Jadi untuk mengelakkan anda di caj setiap kali counter check-in, anda gunalah pilihan yang disediakan seperti di atas yang pastinya tiada bayaran yang dikenakan.

Bayaran Check-In Di Kaunter AirAsia Bermula 1 September 2020 Ini

Caj yang dikenakan ini berkuat-kuasa bermula 1 September 2020 sebanyak RM20 setiap orang untuk penerbangan domestik dan RM30 setiap orang untuk penerbangan antarabangsa. Hanya tetamu yang mendaftar masuk melalui kaunter di beberapa akan dikenakan caj, antaranya ialah 
  • Malaysia
  • Vietnam
  • Brunei
  • Kemboja
  • Laos,
  • Taipei
  • Kaohsiung
  • Honolulu

Caj akan dikenakan bagi setiap orang dan bayaran boleh dibuat menggunakan tunai atau kad kredit di airport terus. 

Untuk dinegara lain pula, nilai caj daftar masuk di kaunter adalah seperti berikut : 

Air Asia Mula Kenakan Bayaran RM20-RM30 Untuk Check-In Di Kaunter Bermula 1 September 2020

Walaubagaimanapun, pengecualian caj daftar masuk melalui kaunter akan diberikan kepada tetamu kurang mobiliti, Premium Flex atau Premium Flatbed, tetamu yang terjejas oleh gangguan penerbangan atau gangguan kiosk di lapangan terbang serta beberapa pengecualian lain. Para tetamu boleh merujuk kepada Soalan-Soalan Lazim ini untuk maklumat lanjut.

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan dasar yang diperkenalkan oleh AirAsia ini, anda boleh rujuk website AirAsia disini.

Post a Comment

Previous Post Next Post