Kod Alasan Tidak Lulus BKM 2022 Dan Salinan Dokumen Rayuan Diperlukan

Kod Alasan Tidak Lulus BKM 2022 Dan Salinan Dokumen Rayuan Diperlukan

Untuk pengetahuan pemohon, terdapat 34 kod alasan tidak lulus permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) untuk tahun 2022.

Jika anda antara pemohon yang gagal dengan kod alasan yang dipaparkan, anda lihat perkongsian ini senarai dokumen sokongan yang diperlukan bagi proses permohonan rayuan.

Sebelum ini, pembayaran BKM 2022 bagi Fasa 1 telah dibuat secara berperingkat bermula 28 Mac 2022 dan sekiranya permohonan gagal, anda boleh buat rayuan mulai 2 Mei 2022 (Isnin) sama ada secara online di bkm.hasil.gov.my atau secara manual bermula 9 mei 2022.

Senarai Kod Tidak Lulus BKM 2022 & Dokumen Sokongan Yang Diperlukan.

Menerusi laman web BKM, terdapat 34 (01-41) kod alasan tidak lulus dan sekiranya anda ingin buat permohonan rayuan, anda perlu sediakan dokumen sokongan yang diperlukan

Kod 01

Penerangan Alasan : Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
Dokumen Sokongan : 1) Tidak perlu sebarang pembuktian pengenalan. 2) Semakan pengenalan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

Kod 02

Penerangan Alasan : Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data agensi melibatkan Nama / Nombor Pengenalan
Dokumen Sokongan : Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan

Kod 03

Penerangan Alasan : Maklumat Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data agensi
Dokumen Sokongan : Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:1) MyKAD / MyKID Anak; dan 2) Sijil Lahir Anak (bagi pengesahan status Kewarganegaraan)

Kod 04

Penerangan Alasan : Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data agensi
Dokumen Sokongan :  Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah: 1) MyKAD / MyKID Anak; dan 2) Sijil Lahir Anak / Sijil Daftar Anak Angkat (bagi pengesahan hubungan pertalian)

Kod 05

Penerangan Alasan : Maklumat Pengenalan Pasangan perlu pengesahan
Dokumen Sokongan : Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah Dokumen Pengenalan Pasangan

Kod 06

Penerangan Alasan : Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
Dokumen Sokongan :

  • Semakan status Orang Kurang Upaya (OKU) akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MoF); atau
  • Dokumen asal dan salinan yang boleh dikemukakan ialah:
    • Kad OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi pemohon berumur 19 - 20 tahun.
  • Dokumen pembuktian tamat belajar bagi sesi 2021 / 2022 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas
  • Dokumen pembuktian Belajar Separuh Masa bagi sesi 2021/2022 bagi pemohon berumur 21 tahun dan ke atas

Kod 07

Penerangan Alasan : Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 19 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa
Dokumen Sokongan : Dokumen pembuktian belajar sepenuh masa anak bagi sesi 2021/2022

Kod 08

Penerangan Alasan : Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon/ Pasangan melebihi RM5,000
Dokumen Sokongan

  • Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
  • Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Kod 09

Penerangan Alasan : Semakan rekod agensi mendapati pendapatan Pemohon melebihi RM2,500
Dokumen Sokongan

  • Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
  • Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Kod 10

Penerangan Alasan : Anak mempunyai pendapatan berdasarkan semakan agensi
Dokumen Sokongan :

  • Tidak perlu sebarang pembuktian pendapatan
  • Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Kod 11

Penerangan Alasan : Pemohon / Pasangan memiliki 3 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
Dokumen Sokongan : Sijil pendaftaran / dokumen penamatan perniagaan daripada agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebelum atau pada 31 Januari 2022

Kod 12

Penerangan Alasan : Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
Dokumen Sokongan :  Dokumen penamatan / peletakan jawatan sebagai pengarah syarikat daripada agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebelum atau pada 31 Januari 2022

Kod 13

Penerangan Alasan : Pasangan berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
Dokumen Sokongan : Dokumen penamatan / peletakan jawatan sebagai pengarah syarikat daripada agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebelum atau pada 31 Januari 2022

Kod 14

Penerangan Alasan : Pemohon memiliki 2 atau lebih Perniagaan Milikan Tunggal / Perkongsian
Dokumen Sokongan : Dokumen penamatan perniagaan daripada agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) sebelum atau pada 31 Januari 2022.

Kod 15

Penerangan Alasan : Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Pemohon / pasangan melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
Dokumen Sokongan :

  • Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
  • Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Kod 16

Penerangan Alasan : Semakan rekod agensi mendapati jumlah pemilikan kenderaan Anak melebihi had kemampuan bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
Dokumen Sokongan :

  • Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pemilikan kenderaan
  • Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Kod 17

Penerangan Alasan : Pemohon / Pasangan mempunyai Transaksi Pemilikan Hartanah / Pembelian Saham Hartanah yang melebihi RM500,000
Dokumen Sokongan : Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Kod 18

Penerangan Alasan : Pemohon tidak menetap di Malaysia / bekerja / belajar di Luar Negara berdasarkan rekod agensi
Dokumen Sokongan :

  • Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia
  • Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Kod 19

Penerangan Alasan : Permohonan dari Luar Negara secara dalam talian
Dokumen Sokongan :

  • Tidak perlu sebarang pembuktian menetap di Malaysia
  • Pemohon perlu hadir ke LHDNM bersama-sama Borang Permohonan Rayuan BKM 2022

Kod 20

Penerangan Alasan : Semakan mendapati Anak Pemohon / Pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi
Dokumen Sokongan :

  • Tidak perlu sebarang pembuktian maklumat pendapatan anak
  • Semakan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Kod 21

Penerangan Alasan : Pemohon wujud sebagai pasangan di permohonan lain
Dokumen Sokongan :

  1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Januari 2022.
  2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    1. Status Kahwin
      1. MyKAD Pemohon; dan
      2. Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
    2. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
      1. Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
      2. Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)

Kod 23

Penerangan Alasan : Pasangan wujud sebagai pemohon di permohonan lain
Dokumen Sokongan :

  1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Januari 2022
  2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    1. Status Kahwin
      1. MyKAD Pemohon; dan
      2. Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
    2. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
      1. Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
      2. Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)

Kod 24

Penerangan Alasan : Pasangan wujud sebagai pasangan di permohonan lain

Kod 26

Penerangan Alasan : Anak telah membuat permohonan lain 
Dokumen Sokongan : Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangkan

Kod 27

Penerangan Alasan : Anak wujud sebagai Pasangan di permohonan lain 
Dokumen Sokongan : Anak berkenaan Tidak layak dipertimbangka

Kod 29

Penerangan Alasan : Pemohon berstatus Kahwin tetapi tiada maklumat Pasangan
Dokumen Sokongan :

  1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Januari 2022.
  2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    1. Status Kahwin
      1. MyKAD Pemohon; dan
      2. Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban)
    2. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
      1. Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
      2. Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)

Kod 31

Penerangan Alasan : Status Perkahwinan perlu pengesahan
Dokumen Sokongan :

  1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Januari 2022.
  2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    1. Status Kahwin
      1. MyKAD Pemohon; dan
      2. MyKAD / MyPR / MyKAS Pasangan; dan
      3. Sijil / Surat Pengesahan Perkahwinan (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban

Kod 32

Penerangan Alasan : Tarikh Perceraian memerlukan Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan
Dokumen Sokongan :

  1. Pertimbangan hanya diberikan bagi perubahan status perkahwinan sebelum atau pada 31 Januari 2022
  2. Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:
    1. Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
      1. Sijil / Surat Pengesahan Perceraian (Jabatan Agama Islam / Jabatan Pendaftaran Negara / Majlis Anak Negeri Sabah / Pejabat Daerah Sarawak / Pejabat Residen Sarawak / JAKOA / Tuai Rumah / Ketua Peribumi @ Ketua Kaum selain Kaum Iban); dan
      2. Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan)

Kod 33

Penerangan Alasan : Tarikh Kematian Pasangan memerlukan Salinan Sijil Kematian Pasangan
Dokumen Sokongan : Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

  • Status Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda
    • Sijil Kematian Pasangan yang dikeluarkan oleh JPN; dan
    • Sijil Lahir Anak (Jika melaporkan maklumat Anak dalam permohonan); atau
    • Sijil Perkahwinan (Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia)

Kod 34

Penerangan Alasan : Pasangan meninggal dunia
Dokumen Sokongan :  Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

  • Sijil Kematian Pasangan; dan
  • Sijil Lahir Anak (Pembuktian maklumat pasangan yang meninggal dunia wujud dalam sijil lahir)

Kod 35

Penerangan Alasan : Anak meninggal dunia 
Dokumen Sokongan : Anak berkenan Tidak layak dipertimbangkan

Kod 36

Penerangan Alasan : Pendapatan perlu Pengesahan
Dokumen Sokongan :  Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

  • Penyata gaji bulan April 2022; atau
  • Akuan pengesahan pendapatan; dan
  • Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Kod 38

Penerangan Alasan : Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan
Dokumen Sokongan :  Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

  • Penyata gaji bulan April 2022; atau
  • Akuan pengesahan pendapatan; dan
  • Semakan pendapatan akan dilakukan secara terus dengan agensi yang telah dilantik oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Kod 41

Penerangan Alasan : Semakan rekod agensi mendapati had kemampuan pemohon / pasangan memiliki kediaman melebihi syarat kelayakan
Dokumen Sokongan :  Dokumen asal dan salinan yang perlu dikemukakan ialah:

  • Dokumen Pindah Milik / Penjualan Rumah / Cukai Tanah / Cukai Pintu
  • Perjanjian sewa bagi yang mempunyai rumah sewa

Jadi untuk anda hanya perlu muatnaik (upload) dokumen sokongan berkaitan ke dalam sistem secara permohonan rayuan secara online atau kemukakan ke Cawangan LHDNM bagi permohonan Rayuan secara manual.

Rayuan tambahan tidak dibenarkan sekiranya Skim Khairat Kematian (SKK) 2022 telah dibuat tuntutan.

Untuk info lanjut bagi permohonan Rayuan BKM 2022, anda boleh rujuk laman web bkm.hasil.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post