McDonalds Nak Belanja Kalau Ucap Selamat Hari Raya Kuat-Kuat Masa Buat Pesanan Drive-Thru

McDonalds Nak Belanja Kalau Ucap Selamat Hari Raya Kuat-Kuat

McDonalds kembali lagi Drive-Thru Carnival dan kali ni mereka akan belanja orang ramai kalau ucap Selamat Hari Raya kuat-kuat kalau buat pesanan secara pandu-lalu atau drive-thru.

Ini pastinya bertujuan bagi membangkitkan semanga Hari Raya kepada semua pelanggan dan juga pekerja di McDonalds sendiri. Jadi bermula 30 April hingga 4 Mei 2022 ini jangan terlepas untuk datang drive-thru.

Tawaran yang diberi oleh pihak McDonalds adalah dalam bentuk baucer yang anda boleh tebus secara percuma nanti iaitu voucher Sausage McMuffin with Egg, Chocolate/Strawberry Sundae, McChicken dan Ice Latte.

McDonalds Nak Belanja Kalau Ucap Selamat Hari Raya Kuat-Kuat

Kesemua ini adalah berbeza mengikut hari tau. Jangan datang lewat-lewat kerana hanya terhad untuk 100 pelanggan terawal sahaja setiap hari.

Cara Untuk Sertai Dan Dapatkan Baucer Percuma

Untuk melayakkan anda dapat baucer percuma tersebut, anda perlu buat (3) perkara sahaja iaitu :

  1. Pakai baju raya cantik-cantik
  2. Datang dan buat pesanan di mana-mana cawangan McDonalds secara Drive-Thru
  3. Akhir sekali anda perlu ucap 'Selamat Hari Raya' kuat-kuat di kaunter pembayaran

McDonalds Nak Belanja Kalau Ucap Selamat Hari Raya Kuat-Kuat

Jika anda pelanggan terawal dan penuhi syarat tersebut, boleh la anda dapatkan baucer percuma tersebut. Mudah je kan.

Jadi nanti kalau dah bosan makan lemang, nasi impit dan lontong, cari pula juadah McDonalds. Kalau ada rezeki, boleh dapat makanan Mekdi percuma kan.

Post a Comment

Previous Post Next Post