Senarai Lebuh Raya Dengan Tol Percuma Dan Diskaun Sempena Hari Raya Aidilfitri

Senarai Lebuh Raya Dengan Tol Percuma Dan Diskaun Sempena Hari Raya Aidilfitri

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri yang mengumumkan dimana Kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol bagi yang akan pulang berhari raya.

Secara keseluruhan , tol percuma dan diskaun yang diberi ini adalah melibatkan 30 lebuh raya di seluruh negara yang kesemua jumlah sebanyak RM77.11 juta akan ditanggung oleh Kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi.

Jadi lebuh raya tersebut sama ada akan diberikan tol percuma atau diskaun tol sebanyak 30 % atau 50%. Tol percuma adalah melibatkan Lebuhraya PLUS dan LPT

Senarai Lebuh Raya Dengan Tol Percuma Dan Diskaun Tol

Tawaran ini akan bermula pada 30 April 2022 (Sabtu) pada jam 12 tengah malam sehingga 1 Mei 2022 (Ahad) pada jam 11.59 malam kepada semua kelas kenderaan.

Manakala ianya akan diberikan sekali untuk pulang iaitu bermula pada 7 Mei 2022 (Sabtu) pada jam 12 tengah malam hingga 8 Mei 2022 (Ahad) pada jam 11.59 malam juga kepada semua kenderaan.

Dalam tempoh ini, pengguna akan nikmati sama ada tol percuma atau diskaun tol 30% sehingga 50% mengikut ketetapan lebuh raya yang dibuat seperti dibawah

Tol Percuma

  • Lebuhraya Utara Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE)
  • Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1
  • Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2
  • Lebuhraya KL - Karak (KLK)

Tol Diskaun 50%

  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (GRANDSAGA)
  • Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Beringkat Ampang-KL (AKLEH)
  • Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)

Tol Diskaun 30%

  • Projek Pengurusan Air Banjir Dan Terowong (SMART)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
  • Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR)
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
  • Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK)
  • Jambatan Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah (JPP2)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
  • Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)
  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)
  • Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE)

Jadi rancang perjalanan anda dengan sebaiknya. Pasti akan ramai pengguna yang membuat keputusan untuk pulang ke kampung berhari raya pada waktu tersebut.

BACA : Ketahui Keadaan Trafik Secara Live Di Semua Lebuhraya Malaysia Melalui CCTV

Utamakan keselamatan semasa pemanduan. Diharapkan semua pengguna lebuh raya dapat memandu dengan hemat dan selamat

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

Post a Comment

Previous Post Next Post