Telefilem Kembar Kasih

Telefilem Kembar Kasih TV2

Judul : Kembar Kasih
Tayangan : Slot Drama On 2 di TV2
Tarikh : 26 April 2022 (Selasa)
Waktu : 9.00 Malam
Pengarah : Syed Othman Syed Ahmad
Penulis Skrip : Ally Marisha Afrina

Sinopsis Telefilem Kembar Kasih

Telefilem Kembar kasih menampilkan barisan pelakon seperti Aiman Hakim Redza, Reen Rahim, Dilla Ahmad, Haeryanto Hassan, Qya Hasmy dan ramai lagi

Ianya mengisahkan tentang Mikael (Aiman Hakim) yang telah kehilangan isterinya, Mira yang meninggal dalam satu kemalangan jalan raya dan dia tidak dapat menerima kenyataan dan melupakan terhada isterinya itu.

Selepas setahun Mikael bertemu dengan Maira (Reen Rahim) iaitu kembar isterinya yang mempunyai wajah seiras tetapi memiliki penampilan dan perwatakan yang berbeza.

Dia cuba mengubah penampilan dan perwatakan Maira mengikut citarasanya namun Maira enggan dan mahukan dirinya dicintai seadanya bukan kerana wajahnya yang serupa dengan kembarnya tersebut.

Untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk saksikan telefilem Kembar Kasih pada 26 April 2022, hari Selasa pada pukul 9.00 malam di TV2 atau secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Telefilem Kembar Kasih TV2

Telefilem Kembar Kasih TV2

Post a Comment

Previous Post Next Post