IKEA Tawarkan Bufet Ramadan Serendah RM19.90 Untuk Dewasa

IKEA Tawarkan Bufet istimewa sempena Ramadan

Bufet makan malam istimewa kini kembali di IKEA dan tawaran ini dibuka sempena Ramadan. Jadi orang ramai boleh nikmati pelbagai juadah dengan satu harga.

Buffet ini akan bermula 11 April hingga 28 April, setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 7 malam sehingga 9.30 malam bagi cawangan IKEA Damansara, Cheras dan Batu Kawan.

BACASenarai Pakej Buffet Ramadan Menarik Tahun 2022

Manakala bagi IKEA Tebrau adalah bermula 11 April hingga 29 April, setiap hari Isnin hingga Ahad bermula jam 6.30 petang sehingga 9.00 malam.

Harga Bufet Makan Malam Yang Ditawarkan

Harga yang ditawarkan cukup berbaloi bagi harga seorang mengikut kategori iaitu:

  • Dewasa : RM29.90 (IKEA Damansara, Cheras & Batu Kawan | RM19.90 (IKEA Tebrau)
  • Kanak-Kanak : RM14.90 (IKEA Damansara, Cheras & Batu Kawan) | RM10.90 (IKEA Tebrau)
  • Kanak-Kanak Bawa 4 Tahun : Percuma

bufet ramadan ikea 2022

bufet ramadan ikea 2022

Cara Dapatkan Tiket Bufet Makan Malam

Jika anda tertarik dengan harga yang ditawarkan, anda boleh dapatkan tiket masuk yang hanya dijual di Restoren IKEA dan Kedai Khas Makanan Sweden. Tiada pembelian secara walk-in.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapatkan baucer percuma RM10 IKEA dengan setiap pembelian bufet untuk orang dewasa

Sajian Menu

Antara menu yang ditawarkan sepanjang promosi bufet makan malam istimewa ini seperti

  • Nasi Kerabu, Nasi Tomato, Nasi Minyak
  • Ayam Masa Padprik, Ayam Goreng Kunyit, Ayam Kuzi
  • ABC, Cendol, 
  • Mee Goreng, Char Kuey Teow, Nasi Impit dan banyak lagi

Kesemua menu ini adalah berbeza mengikut hari dan anda boleh lihat senarai menu seperti yang dikongsikan oleh orang ramai dibawah ini.

menu bufet ikea

Untuk info lanjut, anda boleh pergi ke pautan www.ikea.com/my/ms/stores/restaurant/

Post a Comment

Previous Post Next Post