ePemula : Cara Tebus/Claim RM150 Guna BigPay, TnG eWallet, GrabPay Atau Shopee

cara tebus rm150 epemula tahun 2022

Kerajaan telah mengumumkan berita baik khusus golongan belia dan pelajar dimana mereka boleh mula tebus kredit eWallet bernilai RM150 mulai 11 April 2022 (Isnin) dibawah program ePemula.

Program eStart atau ePemula pada awalnya telah diumumkan ketika perbentangan Belanjawan 2022 dimana Kerajaan telah memperuntukkan sehingga RM300 juga bagi e-Tunai tersebut.

Jadi bagi belia atau pelajar yang layak boleh tuntut dan belanja menggunakan kredit tersebut dimana-mana premis fizikal atau pembelian secara online.

{tocify} $title={Table of Contents}

Apa Itu ePemula?

Program ePemula merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan di bawah Bajet 2022 bagi tujuan meringankan beban kewangan belia disamping menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai (cashless).

Ianya dijangka bakal memanfaatkan sekitar 2 juta rakyat Malaysia dai setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-Tunai

Siapakah Yang Layak Untuk Dapat Bantuan ePemula?

Terdapat 2 syarat bagi melayakkan anda menerima bantuan ePemula ini iaitu :

  1. Warganegara Malaysia mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada 2022 sehingga 2004) ATAU
  2. Pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berdaftar dengan kementerian terlibat.

Data belia akan disemak dengan data IPT tempatan yang berdaftar

Bilakah Boleh Buat Permohonan Atau Tebus ePemula

Mereka yang layak boleh tuntut RM150 dalam bentuk kredit eWalllet bermula 11 April 2022 (8.00 Pagi) sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

BACACara Tebus eTunai RM150 Daripada Program eBelia Untuk Tahun 2021

Cara Mohon Atau Tebus ePmula

Seperti yang diumumkan pada awalnya, terdapat 4 aplikasi eWallet yang layak anda gunakan bagi menebus kredit RM150 ini iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.

Penerima yang layak hanya boleh menuntut kredit ePemula daripada satu penyedia perkhidmatan eWallet sahaja. Dah tebus sekali, tak boleh tebus dah

#1.  Cara Mohon Guna BigPay

cara mohon epemula rm150 guna bigpay

a)  Daftar BigPay

1.  Download aplikasi BigPay dan "Sign Up" > pilih Malaysia
2.  Masukkan nombor telefon berserta kod pengesahan yang dihantar melalui SMS
3.  Tetapkan password BigPay anda dan masukkan segala butiran peribadi yang diminta
4.  Pada bahagian referals code, jangan lupa masukkan kod 0LMZHKVZ3T untuk dapatkan RM10 secara percuma. Selesai!

b)  Verify Dan Tebus RM150

Anda perlu verify menggunakan MyKad terlebih dahulu sebelum layak untuk tebus ePemula

1.  Masuk ke aplikasi BigPay dan verify dengan upload gambar MyKad bersama selfie muka dengan jelas
2.  Kemudian anda perlu topup RM20 terlebih dahulu untuk menggunakan BigPay. Duit tersebut akan dimasukkan terus ke akaun BigPay dan ianya bukan yuran. Jangan risau!
3.  Jika sudah, kini anda boleh mula mohon dan tebus ePemula RM150 pada bahagian Payments > ePemula dan klik "Apply Now"

*BigPay lebih menarik apabila selain akaun eWallet, anda juga akan menerima kad fizikal mastercard secara percuma yang akan dihantar terus ke rumah anda.

Info lanjut, boleh pergi ke pautan www.bigpayme.com/epemula

#2.  Cara Mohon Guna GrabPay

cara mohon epemula rm150 guna GrabPay

a)  Upgrade Dan Tebus RM150

Anda perlu upgrade wallet GrabPay terlebih dahulu sebelum layak untuk tebus ePemula

1.  Download aplikasi Grab dan klik pada tab Payment
2.  Masukkan nama penuh dan no. Mykad anda dan seterusnya klik "Upgrade Wallet"
3.  Tangkap gambar MyKad anda dengan jelas bersama-sama gambar selfie muka anda
4.  Masukkan butiran peribadi dan proses pengesahan mengambil masa 2-3 hari
5.  Jika sudah disahkan, anda boleh mula tebus ePemula RM150

Info lanjut, boleh pergi ke pautan www.grab.com/my/campaign/epemula/

#3.  Cara Mohon Guna ShopeePay

cara mohon epemula rm150 guna ShopeePay

a)  Daftar ShopeePay

1.  Pergi ke aplikasi Shopee dan klik pada butang wallet ShopeePay
2.  Kemudian klik pada "Set up ShopeePay"
3.  Masukkan nama penuh dan no. mykad. Tandakan pada kotak
4.  Anda akan menerima SMS bersama nombor OTP. Masikan 6-digit kod tersebut untuk langkah seterusnya
5.  Kemudian barulah anda tetapkan 6-digit ShopeePay anda sendiri untuk kegunaan masa hadapan
6.  Selesai! Anda kini boleh mula menggunakan ShopeePay

b)  Verify Dan Tebus RM150

Anda perlu verify menggunakan MyKad terlebih dahulu sebelum layak untuk tebus ePemula 

1.  Pergi ke aplikasi Shopee semula dan klik pada wallet ShopeePay anda
2.  Klik pada butang "Verify Now"
3.  Upload gambar MyKad bersama selfe anda. Proses pengesahan mengambil masa sehingga 24 jam
4.  Jika sudah disahkan atau verified. Anda boleh kini boleh tebus ePemula RM150 DISINI

Info lanjut, boleh pergi ke pautan shopee.com.my/m/epemula

#4.  Cara Mohon Guna Touch 'n Go eWallet

cara mohon epemula rm150 guna Touch 'n Go eWallet

a)  Daftar TnG eWallet

1.  Download aplikasi TnG eWallet dan klik "Sign Up"
2.  Masukkan no. telefon berserta kod OTP yang dihantar menerusi SMS
3.  Tetapkan no. pin untuk setiap kali buat pembayaran
4.  Isi butiran peribadi yang diperoleh seperti nama, mykad, email dan sebagainya

b)  Verify Dan Tebus RM150

Anda perlu verify menggunakan MyKad terlebih dahulu sebelum layak untuk tebus ePemula

1.  Buka semula aplikasi TnG eWallet dan pergi ke Profile > Account Verification
2.  Kemudian ambil gambar MyKad anda bersama-sama selfie muka anda dengan jelas. Proses pengesahan mengambil masa 48 jam
3.  Jika sudah disahkan, anda boleh mula tebus ePemula RM150

Info lanjut, boleh pergi ke pautan www.touchngo.com.my/somethingnew/

Manfaat Lain

Selain daripada RM150 dalam bentuk kredit yang diperoleh, aplikasi eWallet ini juga akan memberi insenti tambahan dalam bentuk cashback, baucer, point atau coins sepanjang tempoh program ini.

Untuk info lanjut berkaitan ePemula, boleh rujuk laman Soalan Lazim di budget.mof.gov.my/manfaat/faq/epemula

Post a Comment

Previous Post Next Post