Tips Anda Boleh Buat Untuk Mohon Naik Gaji

Tips Anda Boleh Buat Untuk Mohon Naik Gaji

Mungkin ramai pekerja yang tak tahu macam mana nak tanyakan kepada majikan tentang kenaikan gaji. Jangan risau, mungkin anda boleh gunakan tips ini untuk mohon naik gaji.

Ramai takut untuk bertanyakan perkara ini kepada bos kerana bimbang perkara sensitif ini akan disalahtafsir, selain dianggap tidak bersyukur atau mungkin boleh dibuang kerja terus.

Selepas berkhidmat selama beberapa tahun dan mempunyai rekod kerjaya yang cemerlang, pasti anda merasakan sudah tiba masanya untuk anda memohon kenaikan gaji daripada majikan.

BACA : Tips dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum menghadapi temuduga

Namun sebelum berbuat demikian, pastikan anda ketahui beberapa tips dan strategi agar permohonan kenaikan gaji anda itu mendapat lampu hijau atau kebenaran daripada bos anda tersebut.

5 Tips Untuk Mohon Naik Gaji

Ini antara beberapa tips yang anda boleh lakukan agar peluang kenaikan gaji lebih mudah dan berjalan lancar. You are deserve it as an employee.

1)  Tahu 'Nilai' Anda

Nilai yang dimaksudkan disini adalah rekod kerja anda. Cuba semak sama ada rekod kerja anda berada dalam status yang baik atau masih boleh diperbaiki.

Ini sangat penting kerana apabila anda mengajukan pertanyaan tentang kenaikan gaji kepada majikan, pasti majikan sentiasa mempunyai hujah untuk menolak permohonan anda.

Namun, perkara ini boleh disangkal kembali dengan syarat anda sememangnya memiliki rekod kerja yang cemerlang untuk beberapa tahun sebelumnya.

2)  Dokumenkan Segala Rekod Pencapaian

Dokumenkan Segala Rekod Pencapaian Untuk Mohon Naik Gaji

Walaupun proses ini nampak leceh tetapi ia sangat membantu dalam prestasi kenaikan gaji atau pangkat sekali pun.

Walaupun majikan boleh menolak permohoanan anda hanya menggunakan mulut, tetapi jika anda bersedia dengan dokumen yang lengkap pasti majikan akan lebih tertarik dengan pemohonan anda tersebut.

Sebenarnya perkara ini menjadi lebih mudah, jika anda lakukan atau dokumen kan segala kerja anda sejak mula anda bekerja lagi. Pastikan ada 'hitam dan putih'.

3)  Peka Dengan Keadaan Sekeliling

Bos anda juga adalah manusia biasa. Ada masa dan ketika, emosinya tidak stabil dan sukan untuk membuat keputusan.

Jadi pastikan ketika membuat permohonan kenaikan gaji anda tidak membuat secara sembrono tanpa selidik dahulu keadaan majikan terutamanya tentang emosinya.

Seperti contoh, jika majikan anda baru sahaja masuk ke pejabat selepas berdepan dengan kematian ahli keluarga, lebih baik anda tangguhkan dahulu permohonan kenaikan gaji tersebut. Dah reda semuanya, barulah pergi datang kepada bos dan mohon.

4)  Beri Sebab Secara Profesional

Tidak dinafikan antara perkara utama kita memohon kenaikan gaji adalah disebabkan kerana peningkatan taraf hidup kini. Barang sudah semakin mahal, tapi gaji kita masih 'disitu' sahaja.

Namun, apabila memohon kenaikan gaji elakkan daripada menyatakan masalah peribadi anda kepada majikan. Anda sepatutnya memfokuskan kepada sumbangan yang telah anda buat kepada syarikat dan rekod kerja yang cemerlang.

5)  Bersdia Untuk Menerima Teguran

Ada ketikanya kita merasakan yang kita sudah melakukan yang terbaik untuk majikan dan syarikat. Namun, apabila berbincang dengan majikan tentang permohonan kenaikan gaji, majikan mungkin memberikan maklum balas yang sebaliknya ataupun anda mendengar teguran yang negatif mahu positif.

Ambillah teguran itu sebagai satu penanda atas bahawa pencapaian anda pada hari ini belum cukup untuk melayakkan anda menerima kenaikan gaji.

Harap perkongsian ini berguna bagi pekerja-pekerja diluar sana yang ingin mohon naik gaji daripada majikan. Bos pun, jika sudah sampai masa apa salahnya luluskan sahaja permohonan tersebut kan.

Post a Comment

Previous Post Next Post