Lagu 'Pelukan Angkasa' Juara AJL 36

Lagu Pelukan Angkasa Juara AJL 36

Lagu Pelukan Angkasa ciptaan Nazrin Shah dan penulis lirik Fazleena muncul juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur malam tadi

Menjulang trofi dalam saingan yang disifatkan cukup sengit, lagu yang dendangan SOG (Sekumpulan Orang Gila) dan Shila Amzah itu melayakkan Pelukan Angkasa membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi.

Naib juara dimenangi lagu Cinta dendangan Marsha Milan yang meraih hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Tempat ketiga disandang lagu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli yang menawarkan ganjaran wang tunai RM30,000 dan trofi.

Aina Abdul memenangi trofi Vokal Terbaik membawa pulang wang tunai RM12,000 beserta trofi dengan lagu Sepi. Manakala Marsha Milan meraih kemenangan berganda dan kali ini bagi Persembahan Terbaik dengan lagu Cinta yang membawa pulang hadiah wang tunai RM18,000 berserta trofi.

Lagu lain yang bersaing di pentas AJL 36 adalah Sepi (Aina Abdul), Khai Bahar & Aina Abdul (Nafas Cinta), Ernie Zakri yang digantikan oleh Shamel (Boneka) dan Naim Daniel (Purnama).

Turut bersaing, Noraniza Idris & Bunga (Intan Payung) Yonnyboii (Salahku), Shiha Zikir & Noki - (AEWO), Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli (Lara) dan Siti Nordiana (Angkara)

Persembahan 12 finalis diadili 10 juri profesional yang terdiri daripada pelbagai latar belakang bidang muzik. Mereka adalah LY, Datuk Syafinaz Selamat, Datuk Acis, Mike Chan, Helen Yap, Altimet, Edrie Hashim, Datuk Habsah Hassan dan Faizal Tahir.

Manakala Datuk Haji Mokhzani Ismail bertindak sebagai ketua juri daripada barisan juri yang disenaraikan.

Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) diserikan persembahan kumpulan WING, Datuk Jamal Abdillah, Mas Idayu, Ayda Jebat dan ramai lagi

Acara anugerah berprestij itu menampilkan hos yang sama iaitu Alif Satar dan Nabila Huda bersama Sean Lee dan Sissy Imann untuk karpet merah.

Senarai Pemenang Anugerah Juara Lagu 2022 (AJL36)

Juara Lagu : Pelukan Angkasa - SOG dan Shila Amzah

Naib Juara : Cinta - Marsha Milan

Tempat Ketiga : Mimpi - Haqiem Rusli

Vokal Terbaik : Aina Abdul (Sepi)

Persembahan Terbaik : Marsha Milan (Cinta)

Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL : Aina Abdul & Khai Bahar (Nafas Cinta)

Senarai Penyanyi Bertanding AJL 36

Haqiem Rusli - Mimpi (komposer dan penulis lirik Haqiem Rusli & Datuk A. Aida)

Aina Abdul - Sepi (komposer Aina Abdul dan penulis lirik Aina Abdul & Wan Zakaria)

Khai Bahar & Aina Abdul - Nafas Cinta (komposer Khai Bahar & Aina Abdul dan penulis lirik Aina Abdul & Wan Zakaria)

Ernie Zakri (digantikan Shamel) - Boneka (komposert dan penulis lirik Omar K, Iqie Hugh & Firdaus Rahmat)

Naim Daniel - Purnama (Amzar Razqa & Naim Daniel dan penulis lirik Amzar Razqa)

SOG dan Shila Amzah - Pelukan Angkasa (Raja Nazrin Shah dan penulis lirik Fazleena Hishamuddin)

Noraniza Idris & Bunga - Intan Payung (Luca Sickta, Bunga & Amzar Razqa dan penulis lirik Bunga & Siqma)

Yonnyboii - Salahku (komposer dan penulis lirik Yonnyboii)

Shiha Zikir & Noki - AEWO (komposer Ezra Kong dan Lirik Ezra Kong & Noki)

Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli - Lara (komposer Hael Husaini & MFMF dan penulis lirik Hael Husaini, Naim Daniel & Haqiem Rusli

Siti Nordiana - Angkara (komposer Sharon Paul dan penulis lirik Fedtri Yahya & Nana Alias

Marsha Milan - Cinta (komposer Bunga Cantik & Hang Nadim dan penulis lirik Hang Nadim)

Post a Comment

Previous Post Next Post