Kit Ujian Kendiri Covid-19 Boleh Dituntut Untuk Pelepasan Cukai Pendapatan

Kit Ujian Kendiri Covid-19 Boleh Dituntut Untuk Pelepasan Cukai Pendapatan

Rasanya kit ujian kendiri Covid-19 sekarang menjadi barangan keperluan yang perlu ada bagi setiap keluarga bagi digunakan untuk mengetahui tahap kesihatan kita.

Ianya bertujuan untuk ketahui adakah kita dijangkiti Covid-19 atau tidak. Selain daripada berguna untuk kita, ianya juga bagi melindungi orang lain juga sekiranya kita dijangkiti.

Sebelum ini juga, Kerajaan telah mengedarkan kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada keluarga Malaysia golongan B40 dan yang kurang kemampuan.

Kerajaan juga telah menetapkan harga runcit maksimum sebelum ini sekitar RM19.90 seunit, tetapi banyak peniaga dan penjual kini menerunkan harga sehingga RM6.50 seunit.

Boleh juga boleh dapatkan di Shopee - DISINI atau di Lazada - DISINI

Selain itu, sebenarnya setiap perbelanjaan bagi mendapatkan ujian kit kendiri Covid-19 ini, anda boleh tuntut untuk pelepasan cukai pendapatan iaitu sehingga RM1,000. Maklumat ini ada dikongsikan pengguna twitter kepada orang ramai

BACA : Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan LHDN 2021 Untuk e-Filing Tahun 2022

Perbelanjaan ini termasuklah Ujian Pengesanan Covid-19 (PCR Test) ke atas diri sendiri, suami/isteri atau anak-anak serta layak dari tahun 2021, 2022 dan 2023

Kit Ujian Kendiri Covid-19 Boleh Dituntut Untuk Pelepasan Cukai Pendapatan

Selain itu, jika anda ada dapatkan vaksinasi Covid-19 secara berbayar, ianya juga boleh dituntut bagi pelepasan cukai tersebut. Untuk lihat senarai penuh pelepasan cukai individu, anda boleh pergi ke website rasmi LHDN

Jadi jika anda layak bayar cukai pendapatan, selepas ini anda beli mana-mana ujian kendiri Covid-19 tersebut, jangan lupa untuk simpan resit tau.

Tapi bagaimana pula mereka yang tidak layak bayar cukai pendapatan tetapi perlu dapatkan kit ujian RTK ini dengan harga yang sama? 

Untuk info lanjut, boleh pergi ke website Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) di www.hasil.gov.my

Post a Comment

Previous Post Next Post