Permohonan UPUOnline Kemasukan Sesi Akademik 22/23 Dibuka Mulai 4 Februari Ini

Permohonan UPUOnline Kemasukan Sesi Akademik 22/23 Dibuka Mulai 4 Februari Ini

Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi telah mengumumkan dimana Permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILK) untuk sesi Akademik 2022/2023 akan dibuka mulai esok.

Permohonan ini adalah bermula 4 Februari 2022 jam 12.00 tengah hari sehingga 31 Mac 2022 jam 5.00 petang bagi kategori Lepasan SPM dan STPM serta seteraf dengannya.

Bagi kategori permohonan lepasa SPM adalah untuk pelajar SPM 2021 bagi kategori A dan Kategori B adalah pelajar SPM 2022 dan SPM 2019. Kategori ini layak menyambung pelajaran ke peringkat Asasi, Diploma, Sijil dan Ijazah Sarjana Muda UiTM.

Manakala kategori permohonan lepasan STPM/Setaraf adalah bagi pelajar STPM 2021, Matrikulasi, Asasi Sains UM, Asasi Pintar UKM, Asasi UiTM 21/22, STAM 2021 & 2020 serta peringkat Diploma/Setaraf. Mereka layan untuk menyambung pelajaran ke Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA).

Cara Mohon

Jadi untuk mereka yang berada dalam dalam kategori tersebut, anda boleh buat permohonan di laman web rasmi UPU iaitu https://upu.mohe.gov.my

Permohonan UPUOnline Kemasukan Sesi Akademik 22/23 Dibuka Mulai 4 Februari Ini

BACA : Tiada Bayaran Dikenakan Bagi Proses Permohon UPUOnline Bagi Sesi Akademik 2022/2023

Dengan mengambil kira pandemik Covid-19 yang masih belum tamat, Kementerian bersetuju untuk menangguhkan sepenuhnya bayaran proses No. Unik ID kepada semua pemohon.


Post a Comment

Previous Post Next Post