Jadual Harian Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik Beijing 2022

Jadual Harian Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik Beijing 2022

Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 atau juga dikenali sebagai Winter Olympics merupakan temasya terbesar bagi sukan musim sejuk yang dijadualkan berlangsung bermula 4 hingga 20 Februari 2022 di Beijing, China.

BACA : Jadual Harian Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik Tokyo 2021

Untuk edisi kali ini, sebanyak 91 buah negara yang layak bertanding termasuk Malaysia dengan melibatkan lebih 2800 peserta dengan melibatkan 109 acara dalam 15 disiplin sukan.

Atlet Malaysia Dalam Olimpik Beijing 2022

Malaysia sekali lagi telah melayakkan diri bagi menyertai temasya kali ini dengan 2 wakil negara berjaya ke peringkat Olimpik menerusi sukan musim sejuk ini.

Edisi 2022 ini juga merupakan edisi yang kedua disertai oleh Malaysia selepas buat pertama kali layak ketika Olimpik PyeongChang 2018 yang lalu.

Seramai 2 atlet negara yang layak dengan menyertai 3 acara daripada 1 disipin sukan iaitu sukan Alpine Skiing.

1.  Jeffrey Webb

  • Alpine Skiing Men's Slalom

2.  Aruwin Idami Salehhuddin

  • Alpine Skiing Women's Slalom
  • Alpine Skiing Women's Giant Slalom

Manakala Ms. Moira Tan Siew See akan jadi Chef de Mission sepanjang tempoh pertandingan berlangsung.

Atlet Malaysia Dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk (Winter) Beijing 2022

Jadual Pertandingan Olimpik Beijing 2022 (Atlet Malaysia)

Untuk temasya Olimpik Beijing 2022, Astro, RTM dan Unifi TV telah dilantik sebagai penyiar rasmi dan pastinya peminat sukan tanah air dapat menonton pelbagai acara sukan secara langsung.

RTM - Akan dibawakan siaran langsung menerusi saluran TV2 dan Sukan RTM (Myfreeview 111) dan juga tonton secara online di rtmklik.rtm.gov.my

Unifi TV - Anda boleh saksikan di saluran Unifi TV Sport CH702/CH703/CH704 dan juga tonton percuma menerusi aplikasi playtv@unifi

Astro - Sebuah saluran khas dibuka khusus untuk Olimpik Beijing 2022 iaitu Astro Supersports CH810 dan juga tayangan di Astro Go.

Acara Pembukaan - Upacara rasmi pembukaan akan berlangsung bermula 7.55 malam waktu Malaysia di Astro Supersport 810, Astro Arena 802, TV2, Sukan RTM (Myfreeview 111) dan Unifi TV Sport 702.

Berikut merupakan jadual Pertandingan yang hanya melibatkan atlet Malaysia

7 FEBRUARI 2022 (ISNIN)

  • Aruwain Salehuddin - Alpine Skiing (Women's Giant Slalom)
    • Run 1 - 9.30 AM (MY)
    • Run 2 - 2.30 PM (MY)

9 FEBRUARI 2022 (RABU)

  • Aruwain Salehuddin - Alpine Skiing (Women's Slalom)
    • Run 1 - 10.00 AM (MY)
    • Run 2 - 1.30 PM (MY)

16 FEBRUARI 2022 (RABU)

  • Jeffrey Webb - Alpine Skiing (Men's Slalom)

*Akan dikemaskini sekiranya wakil negara berjaya ke peringkat seterusnya.

Anda boleh dapatkan info penuh jadual pertandingan dan pungutan pingat setiap hari menerusi laman web rasmi Olympic Winter 2022 di olympics.com/beijing-2022

Diharapkan atlet negara dapat memberikan yang terbaik bagi setiap acara yang disertai dan sekali gus membawa pulang pingat dan kejayaan untuk Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post