Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Khidmat pertukaran kad ATM atau kad ceri debit Maybank sekarang boleh dibuat secara atas talian sahaja. Ikuti langkah-langkah ini untuk ketahui cara tukar kad ATM Maybank secara online sahaja.

Maybank sekarang ada sediakan perkhidmatan pertukaran atau renew kad maybank secara atas talian melalui Maybank2u. Jadi anda tidak lagi perlu untuk hadir ke cawangan maybank jika ingin berurusan sedemikian.

Sebaliknya, anda hanya perlu mohon secara online dan kad fizikal tersebut akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda secara pos. Anda tidak perlu keluar rumah, tetapi kad tersebut akan sampai terus kepada anda.

Tambahan lagi, kini musim pandemik dimana kita tidak digalakkan berada di luar rumah lagi-lagi jika di tempat yang sesak seperti di bank yang pastinya ramai orang berurusan.

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

Walaubagaimanapun, perkhidmatan secara online ini terhad jika kad debit/atm anda tersebut telah tamat tempoh atau hilang sahaja. Selain daripada itu, anda perlu juga untuk hadir ke cawangan maybank terdekat.

Pastikan juga anda mempunyai akaun perbankan online Maybank2u

1)  Login ke website Maybank2u seperti biasa di www.maybank2u.com.my

2)  Kemudian pada halaman utama pergi Setting > Cards > Manage Debit Cards dan pilih 'Debit Card - Replace, Activate & Block'

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

3)  Pada butiran kad anda, klik pada 3 titik dan pilih 'Replace Card'

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

4)  Seterusnya, anda perlu masukkan alamat rumah anda bagi proses penghantara kad debit ATM yang baru kepada anda. Jika sudah, klik 'Replace Card'

Cara Tukar Kad ATM Maybank Secara Online

5)  Kemudian ikuti langkah seterusnya sehingga selesai permohonan. 

Caj RM12 akan dikenakan bagi setiap penghantaran kad ke rumah anda.

Selain itu, anda boleh block kad anda jika ianya hilang dan boleh aktifkan semula pada bila-bila masa.


sumber : cara2u

Post a Comment

Previous Post Next Post