Drama Ex Aku Pontianak Di Astro Ria (Gempak Original Series)

drama bersiri ex aku pontianak di astro ria

Menyusuli, Karipap Haiz, drama bersiri Ex Aku Pontianak dibawah Gempak Original Series akan menemui penonton bermula 19 Januari 2022 di siaran Astro Ria.

Drama bersiri 10 episod ini diinspirasikan oleh Anwar Hadi yang merupakan terbitan Red Comm, diarahkan oleh Shamyl Othman dan nukilan skrip oleh Sharmaine Othman, Suzanne Ong dan Akmal Nahar.

Siri dengan genre seram komedi ini mengangkat hantu yang sinonim dengan masyarakat melayu iaitu pontianak.

Ex Aku Pontianak menampilkan barisan pelakon seperti Ikmal Amry, Elizabeth Tan, Raysha Rizrose, Alicia Amin, Maya Hanum, Fikfree Bakar dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, ianya juga diserikan lagi dengan pelakon handalan seperti Fatimah Abu Bakar dan Datuk Malek Noor beserta penampilan istimewa daripada Amber Chia dan Alex Yoong.

drama bersiri ex aku pontianak di astro ria

drama bersiri ex aku pontianak di astro ria

Sinopsis Drama Ex Aku Pontianak

Drama Ex Aku Pontianak mengisahkan seorang playboy bernama Malik (Ikmal Amry) yang diburu oleh bekas teman wanitanya, Bella (Elizabeth Tan) kerana bermain kayu tiga.

Malik terkejut apabila mengetahui Bella sebenarnya ialah seekor pontianak dan dia mendapatkan bantuan Suraya (Raysha Rizrose) iaitu seorang pemburu pontianak yang mempunyai misi tersendiri.

Misi Suraya adalah untuk menghapuskan pontianak jahat seperti Bella yang cuba mengumpul kuasa baru.

Dapatkah pontianak Bella dihapuskan? Bagaimana keselamatan Malik selepas itu?

drama bersiri ex aku pontianak di astro ria

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri Ex Aku Pontianak bermula 19 Januari ini, setiap hari Rabu, jam 9.30 malam eksklusif di siaran Astro Ria (104).

Drama ini juga anda boleh saksikan secara On Demand, portal Gempak atau menerusi Astro Go dan aplikasi mobil yang boleh dimuat-turun di Play Store atau App Store.

Trailer

Post a Comment

Previous Post Next Post