Drama Bersiri Karipap Haiz Di Astro Ria

Drama Bersiri Karipap Haiz Di Astro Ria

Menyusuli drama Tikam, Karipap Haiz yang merupakan drama dari Singapura pula akan mengisi slot seterusnya yang akan disiarkan di Astro Ria bermula 29 Disember 2021.

BACA : Saksikan Filem Dokumentara Siti: Are You Ready? Di Astro First

Karipap Haiz sebuah drama original daripada negara tersebut merupakan sebuah karya Bahasa Melayu dan kini Astro membawakan ke negara kita untuk tontonan orang ramai disini.

Drama bersiri 6 episod merupakan terbitan Papahan Film, diarahkan oleh M. Raihan Halim yang juga merangkap sebagai penulis skrip.

Ianya menampilkan pelakon-pelakon Singapura seperti Izzat Yusoff, Izyan Mellyna, Najib Soiman, Rishi Budhrani, Shane Mardjuki, Suhaillah Salam, Batrisya Soffian, Haslina Jaaman dan ramai lagi.

Drama Bersiri Karipap Haiz Di Astro Ria

Sinopsis Drama Karipap Haiz

Karipap Haiz mengisahkan Haiz Salihin yang baru dibebaskan dari penjara tetapi kembali dengan aktiviti rompakan kerana ingin memilih jalan pintar untuk mencapai kejayaan seterusnya bersara dengan senang.

Oleh itu, Haiz bersama adiknya mula membentuk kumpulan bagi mengatur strategi rompakan iaitu sebuah tempat judi haram di Jalan Teck Seng.

Rancangannya mudah iaitu buka kedai karipap berdekatan, gali jalan bawah tanah ke tempat judi tersebut, kosongkan duit-duit dalam peti besi dan akhirnya robohkan terowong tersebut.

Tetapi ternyata keadaan menjadi rumit apabila kedai karipap mereka mula viral, mendapat perhatian dan menjadi kegilaan ramai orang.

Dugaan demi dugaan yang harus Haiz lalui. Rancangan bijak yang mulanya kelihatan mudah, ternyata penuh dengan onak dan duri.

Drama Bersiri Karipap Haiz Di Astro Ria

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Karipap Haiz bermula 29 Disember ini, setiap hari Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria CH104 atau secara online di Astro Go.

Drama bersiri ini merupakan drama original dari Singapura, jadi ianya juga boleh ditonton di Youtube Drama - Mediacorp atau di laman web mewatch.sg iaitu www.mewatch.sg/show/Karipap-Haiz secara percuma.

Post a Comment

Previous Post Next Post