Siaran Astro Naura Akan Ditamatkan Pada 1 Februari Ini

Siaran Astro Naura Akan Ditamatkan Pada 1 Februari Ini

Setiap yang bermula pasti ada pengakhirnya. Sama seperti yang ditunjukkan pada saluran Astro. Bermula 1 Februari 2022, siaran Astro Naura 109 akan menamatkan penyiarannya.

Walaupun begitu, anda masih lagi boleh nikmati rancangan dan program kegemaran Naura sama ada menerusi On Demand atau di aplikasi Astro Go.

Siaran Naura yang mana lebih mengfokuskan program-program inspirasi santai dan islamik seperti Quran Taq, Sihat Oh Sihat, In Love with Tya, Sembang Sisters dan beberapa siri program masakan.

Ianya juga menjadi antara platform yagn siarkan program dakwah yang sesuai untuk orang muda dan semestinya bagi mereka yang baru belajar mengenali islam.

Jadi sebelum siaran ini menutup tirai pada 1 Februari 2022 ini, mari lah ramai-ramai untuk tonton saluran Naura buat kali terakhir.

Astro Naura ketika ini berada dalam senarai Base Channel bagi sebuah pek langganan.

BACA : Astro Memperkenalkan Siaran Baru, Moonbug Kids. Tayangan Percuma Sehingga 31 Januari

Jika penamatan siaran ini berlaku kelak, adakah akan ada siaran baru lain yang menggantikannya? Atau adakah harga langganan Astro akan turun?

Setakat ini sepertinya tiada lagi pengumuman rasmi berkaitan siaran baru dan juga pengurangan harga langganan daripada pihak Astro.

Post a Comment

Previous Post Next Post