Astro Memperkenalkan Siaran Baru, Moonbug Kids. Tayangan Percuma Sehingga 31 Januari

siaran baru moonbug kids 620

Ini pastinya berita gembira untuk anak-anak apabila Astro ada memperkenalkan sebuah siaran baru khusus untuk kanak-kanak iaitu Moonbug Kids.

BACA : Senarai Siaran Baru Astro

Siaran ini akan mulakan tayangan preview di saluran CH620 dimana ianya percuma untuk tontonan semua pelanggan Astro bermula 18 hingga 31 Januari 2022.

Moonbug Kids akan siarakan rancangan kanak-kanak seperti CoComelon, Blippi, Little Baby Bum dan banyak lagi. Biasa anak-anak tonton di skrin kecil, tetapi kini dibawakan ke kaca tv anda.

siaran baru moonbug kids 620

Bermula 1 Februari ini, Moonbug Kids akan tersedia di dalam Pek Kanak-Kanak. Jadi bagi anda yang melanggan Kids Pack, anda boleh nikmati rancangan ini seterusnya selepas tamat preview.

Anak-anak lepas tu tidak lagi bosan, kerana mempunyai banyak pilihan untuk belajar, menyanyi dan bergelak ketawa dengan kandungan yang disediakan seperti dalam siaran Moonbug Kids ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post