Shopee Paparkan Segala Perbelanjaan Dan Penjimatan Anda Sepanjang Tahun 2021

Shopee Highlight Untuk Tahun 2021

Hujung tahun pastinya banyak perkara yang kita cuba akan kenang yang pernah berlaku sepanjang tahun tersebut termasuklah perbelanjaan anda.

Antara tempat yang kita biasa habiskan makan masa berbelanja untuk shopping online ini pastinya di platform e-dagang seperti Shopee.

Justeru itulah, sempena hujung tahun ini, Shopee ada keluarkan satu fitur istimewa iaitu 2021 Shopee Highlight yang bakal memaparkan segala perbelanjaan dan penjimatan yang anda buat di Shopee sepanjang tahun 2021.

Konsepnya adalah dalam bentuk quiz, dimana pada awalnya Shopee akan memberikan beberapa jawapan berkaitan perbelanjaan anda dalam bentuk 'story'.

Kemudian anda perlu teka dalam waktu yang diberikan. Jika habis waktu, barulah Shopee akan memaparkan jawapan yang betul bagi soalan tersebut.

Jadi antara statistik perbelanjaan anda di Shopee yang dipaparkan melalui Shopee Highlight ini adalah:

1.  Barang pertama yang anda beli pada tahun 2021

2.  Berapa jumlah baucer yang anda gunakan di Shopee

3.  Berapa penjimatan yang anda peroleh dengan menggunakan baucer dan coins pada tahun ini

4.  Barang yang paling mahal pernah anda beli di Shopee untuk tahun 2021

5.  Berapa banyak coins yang berjaya anda kumpul sepanjang tahun

6.  Berapa banyak anda belanjakan bagi barangan tempatan #SapotLokal

7.  Berapa banyak produk tempatan #SapotLokal yang menarik anda dapat pada tahun ini

Shopee Highlight Untuk Tahun 2021

Jadi dengan highlight ini, anda boleh tahulah dimana anda belanjakan duit anda sepanjang tahun 2021 melalui Shopee.

Cara Untuk Semak Shopee Highlight Untuk Tahun 2021

Anda boleh semak tabiat shopping anda juga di Shopee. Mudah sahaja

1.  Anda pergi ke pautan Shopee Highlight 2021 ini

2.  Kemudian klik pada mana-mana bahagian untuk mulakan menjawab quiz

3.  Disinilah akan dipaparkan segala perbelanjaan dan penjimatan yang anda berjaya peroleh di Shopee

Akhir sekali, jangan lupa untuk kongsikan Shopee Highlight ini kepada rakan anda di semua platform media sosial.

Selamat mencuba...

Post a Comment

Previous Post Next Post