Saksina Telefilem Jin (Citra Exclusive Astro Citra)

Saksina Telefilem Jin (Citra Exclusive Astro Citra)

Minggu ini, penonton akan disajikan dengan sebuah telefilem seram bertajuk Jin yang akan mengisi slot Citra Exclusive di Astro Citra pada 20 November 2021.

Sebuah telefilem dengan genre seram ini merupakan arahan Jamal Khan dengan penghasilan skrip daripada Nur Maisurah Abd Rahim terbitan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Knack Knack Studios.

Saksina Telefilem Jin (Citra Exclusive Astro Citra)

Telefilem ini mengisahkan seorang content creator, Ray (Fadhli Masoot) yang membawa diri mencari ilham ke sebuah kawasan pedalaman. Disana beliau telah bertemu seorang gadis, Ayu (Wany Hasrita) yang juga merupakan seorang staf resort di tempat tersebut.

Disinilah Ray telah ketahui kewujudan dengan bertemu dengan Jin (Eric Fuzi) dan mula menggali sejarah jin tersebut serta resort dan orang sekeliling.

Oleh itu, Ray telah ketahui kerja-kerja yang tidak baik yang dilakukan oleh Paklang dan Kiai dengan menggunakan agama sebagai pelindung mereka. Jadi Ray buat keputusan untuk menyiarkan cerita tersebut kepada pembaca dan penonton salurannnya.

Walaubagaimanapun, segala rakaman yang dibuat oleh Ray hanya boleh disiarkan apabila satu 'perjanjian' yang perlu dibuat bersama Jin tersebut iaitu dengan melepaskannya.

Saksina Telefilem Jin (Citra Exclusive Astro Citra)

Antara pelakon yang terlibat dalam telemovie Jin ini adalah Fadhli Masoot, Eric Fuzi, Wany Hasrita, Dato Jalaludin Hassan, Tuan Asmawi, Haeriyanto Hassan dan ramai lagi.

Jadi untuk ketahui kesudahannya, jangan lupa untuk saksikan telefilem Jin yang akan bersiaran pada 20 November ini, hari Sabtu jam 9.00 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra 108.

Selain itu, untuk waktu yang lebih fleksible, anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go untuk tontonan pada bila-bila masa sahaja.

Post a Comment

Previous Post Next Post