Jadual Perlawanan Czech Junior Open 2021 (Senarai Pemain Malaysia)

Jadual Perlawanan Czech Junior Open 2021 (Senarai Pemain Malaysia)

Jika pemain utama badminton negara sedang bertarung di Indonesia Open, pemain muda negara pula akan mewakili Malaysia bagi kejohanan Czech Junior Open 2021 yang berlangsung bermula 19 hingga 21 November ini.

Kejohanan yang membabitkan pemain berumur 19 tahun kebawah itu merupakan antara kejohanan yang tersenarai dalam kalendar Junior International Series.

Daripada senarai 282 penyertaan dalam kejohanan ini, Malaysia menghantar 4 pemain perseorangan lelaki dan 4 pemain perseorangan wanita. Manakala 3 untuk beregu lelaki, 1 penyertaan untuk beregu wanita dan 2 penyertaan untuk beregu campuran.

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan Czech Junior Open 2021

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah menyenaraikan kesemua pemain Malaysia dalam kejohanan ini. Mereka adalah :

Perseorangan Lelaki

  • Eogene Ewe
  • Muhammad Faiq
  • Lee Jan Jireh
  • Lok Hong Quan

Perseorangan Wanita

  • Chan Wen Tse
  • Siti Zulaikha
  • Carmen Ting
  • Ong Xin Yee

Beregu Lelaki

  • Eogene Ewe-Lee Jan Jireh
  • Muhammad Faiq-Lok Hong Quan
  • Choi Jian Sheng-Bryan Jeremy Goonting

Beregu Wanita

  • Chan Wen Tse-Siti Zulaikha

Beregu Campuran

  • Bryan Jeremy Goonting-Ong Xin Yee
  • Choi Jian Sheng-Carmen Ting

Semoga semua pemain dapat memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan.

Jadual & Keputusan Perlawanan Czech Junior Open 2021

Czech Junior Open 2021 menggunakan format kalah mati untuk setiap kategori yang dipertandingkan. Perlawanan bermula dengan peringat 64 terbaik, 32 terbaik, 16 terbaik, suku akhir, separuh akhir sehinggalah peringkat akhir bagi mencari gelaran juara.

Perlawanan akan diadakan di City Sportshall Orlova bermula jam 9 pagi waktu tempatan atau 4 petang waktu Malaysia. Untuk peminat badminton tanah air, tiada siaran langsung bagi kejohanan kali ini

Walaubagaimanapun anda boleh dapatkan jadual penuh harian beserta keputusan bagi setiap perlawanan termasuk yang membabitkan pemain Malaysia di laman web BWF di www.bwf.tournamentsoftware.com secara live.

Teruskan beri sokongan kepada pemain muda negara. Tunjukkan sokongan anda dengan menggunakan #CzechJuniorOpen di mana-mana laman sosial seperti facebook, twitter dan instagram.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments