Bila Kenduri Kahwin, Konsert Boleh Dianjurkan Semula? Ini jawapan Daripada KJ

Bila Kenduri Kahwin, Konsert Boleh Dianjurkan Semula? Ini jawapan Daripada KJ

Kita sedia maklum, negara kini telah mencapai 90% populasi dewasa yang telah menerima dua dos lengkap vaksinasi seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semalam.

Kesan daripada pengumuman tersebut, Kerajaan kini telah membenarkan rentas negeri iaitu bermula hari ini, 11 Oktober 2021 bagi mereka yang telah lengkap dua dos vaksinasi.

Sebelum itu lagi, Kerajaan telah melonggarkan banyak SOP yang telah ditetapkan sebelum ini bagi membuka sektor ekonomi, sukan, perniagaan dan pelbagai lagi dengan #ReopeningSafely selepas kes harian penularan Covid-19 menunjukkan trend penurunan.

Kerajaan tidak membuka dan melanggorkan SOP secara terus, sebaliknya membenarkan satu-satu persatu sektor industri dan ekonomi dibuka.

Tetapi dalam banyak-banyak aktiviti yang dibenarkan, majlis sosial besar-besaran seperti kenduri atau konsert masih tidak dibenarkan sehingga kini. Tapi kenapa?

Dengan persoalan yang timbul tersebut, Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin telah memberikan jawapan kenapa ianya masih belum dibuka sehingga kini.

Dalam wawancara bersama Agenda Awani tersebut, YB KJ memaklumkan sektor sosial besar-besaran tersebut akan dibuka kelak tetapi ianya mestilah berhati-hati dan berperingkat.

'Sektor sosial tersebut mungkin sektor yang terakhir akan dibuka. Ianya akan berlaku tetapi ianya akan dibuka dengan cermat, one step at a time' - KJ

Post a Comment

Previous Post Next Post