Kerajaan Benarkan Rentas Negeri Bermula Esok, 11 Oktober

rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober 2021

Akhirnya selepas lebih 9 bulan, Kerajaan hari ini mengumumkan kebenaran untuk rentas negeri seluruh negara bermula esok, 11 Oktober 2021 iaitu pada hari isnin.

Kebenaran ini diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang khas yang disiarkan secara langsung dalam media arus perdana.

Kebenaran ini dibuat susulan kejayaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) apabila data menunjukkan kini 90% populasi negara telah lengkap divaksinasi.

Kini segala sekatan jalan raya (SJR) yang melibatkan sempadan negeri sudah tiada. Orang ramai boleh pulang ke kampung halaman tanpa perlukan kebenaran polis.

Dengan kebenaran rentas negeri ini juga, segala aktiviti pelancongan dimana-mana negeri dibenarkan tetapi mestilah mengikut SOP yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun, Perdana Menteri ingatkan juga dalam sidang khas tersebut dimana rakyat tidak ambil sikap sambil lewa kerana Akta 342 masih berkuatkuasa. Anda boleh dikenakan kompaun jika berlaku pelanggaran SOP yang ditetapkan.

Beliau juga mengumumkan, kebenaran rentas negeri hanya bagi mereka yang lengkap dua dos vaksinasi sahaja. Pantauan secara 'rawak' daripada pihak polis boleh dibuat kepada sesiapa sahaja untuk melihat status vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera.

Kebenaran rentas negeri ini hanya tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sahaja.

Selain itu, Kerajaan juga benarkan rakyat Malaysia yang sudah lengkap dua dos vaksin untuk lakukan perjalanan ke luar negara tanpa MyTravelPass juga berkuat kuasa esok, 11 Oktober 2021.

Tapi sekiranya anda bergejala seperti demam, batul atau selesema, boleh la tangguhkan pergerakan rentas negeri sehingga kembali sihat. 

Post a Comment

Previous Post Next Post