'Meletup' Dimulut Bersama Yogurt Pop Pop Pearls Tealive

'Meletup' Dimulut Bersama Yogurt Pop Pop Pearls Tealive

Tealive kembali dengan menu 'meletup' iaitu Yogurt Pop Pop Pearls yang anda boleh dapatkan di semua cawangan Tealive seluruh Malaysia.

Kali ini anda boleh rasai gabungan Yogurt Pop Pop Pearls bersama milk tea dan buah segar. Ada 2 pilihan iaitu mango dan juga campuran Berries (Mixed Berries). Jika dulu pilihan strawberi diperkenalkan.

Jadi minuman terbaru Tealive ini ianya gabungan antara pop pop pearls, teh susu dan yogurt buah segar sama ada mangga atau berries. Kedua-duanya memberikan rasa berbeza mengikut jenis buah.

Review Pop Pop Pearls bersama Mango Milk Tea

Kedua-dua variasi ini anda boleh dapatkan sekarang sama ada buat tempahan di Tealive atau pesan secara delivery. Harga bagi Mango Milk Tea adalah RM10.28, manakala Mixed Berries Milk Tea berharga RM11.23.

Saiz pearls yang disediakan tidak sama seperti pearls yang anda dapatkan dalam milk tea biasa. Ianya lebih kecil dan muat untuk saiz straw kecil. Sepertinya, tiada rasa pada pearls tersebut, sebaliknya ianya akan meletup apabila anda gigit.

Sebab itu ianya dipanggil Yogurt Pop Pop Pearls.

'Meletup' Dimulut Bersama Yogurt Pop Pop Pearls Tealive

Selain itu, terdapat juga potongan isi mangga di dalamnya untuk pilihan Mango Milk Tea. Gabungan antara milk tea dan yogurt mangga juga sedap dan tidak terlalu manis. Anda akan rasa masam manis apabila ianya sebati.

Sebelum anda minum, pastinya anda goncang terlebih dahulu bagi hilangkan mendapan mangga pada bawah bekas minuman dan sekali gus rasa sekata antara milk tea dan yogurt mangga.

Sambil anda hirup mango milk tea, anda juga rasai pengalaman pearls meletop di dalam mulut anda. Sedap!

Post a Comment

Previous Post Next Post