"Bantuan Untuk Golongan Bujang Pun Ada Dalam Bantuan Keluarga Malaysia" - Tengku Zafrul

Bantuan Untuk Golongan Bujang Pun Ada Dalam Bantuan Keluarga Malaysia

Semalam, 29 Oktober 2021, Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah membentangkan Bajet 2022 di dalam sidang Parlimen yang juga disiarkan secara langsung melalui media arus perdana.

Untuk Bajet tahun 2022, ianya bertemakan "Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera yang mendokong 3 paksi utama iaitu Rakyat Yang Sejahtera, Perniagaan Yang Berdaya Tahan dan Ekonomi Yang Makmur dan Mampan.

Antara bantuan tunai yang diperkenalkan dalam bajet 2022 tersebut adalah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang mana sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Dalam pembentangan tersebut, Tengku Zafrul mengumumkan dimana BKM akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak RM2,000 kepada isi rumah yang mempunyai 3 orang anak atau lebih dimana meningkat berbanding RM1,800 sebelum ini.

Selain itu, BKM juga menyalurkan bantuan untuk ibu atau bapa tunggal disamping isi rumah warga emas. Tetapi tiada pengumuman untuk golongan bujang seperti yang disediakan dalam BPR sebelumnya dalam pembentangan tersebut.

Disebabkan ramai golongan bujang yang bertanyakan soalan tersebut, adakah mereka juga termasuk dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tersebut?

Oleh sebab itu, Tengku Zafrul sendiri telah respon berkaitan permasalahan tersebut melalui perkongsian posting di halaman facebook beliau.

"Sebenarnya Bantuan Keluarga Malaysia untuk golongan bujang adaa. Ucapan Bajet tu sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia" - Ujar beliau

Selain itu, Tengku Zafrul juga telah kongsikan ringkasan BKM untuk rujukan orang ramai.



Senarai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kerajaan telah memperuntukkan RM8.2 bilion bagi 9.6 juta penerima dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Senarai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Melalui bantuan ini, isi rumah berpendapatan RM2,500 bakal menerima bantuan sehingga RM2,000 bergantung bilangan anak. Manakala isi rumah berpendapatan antara RM2,501-RM5,000 pula bakal menerima sehingga RM800 bergantung kepada bilangan anak.

Selain itu tambahan kadar isi rumah juga diberikan untuk golongan ibu atau bapa tunggal sebanyak RM500. Warga Emas (isi rumah) bakal peroleh RM300 dan RM600 untuk warga emas yang tiada pasangan.

Manakala golongan bujang yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 akan menerima bantuan sebanyak RM350.

Jadi untuk dapatkan teks pembentangan penuh Bajet 2020, boleh ddapatkan disini

Post a Comment

Previous Post Next Post