Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop Dan Komputer Anda Dengan Mudah Terbaru 2024

Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop Atau Komputer Anda Dengan Mudah Untuk Tahun 2023

Secara default, setiap komputer atau laptop tidak didatangkan dengan pilihan tulisan jawi sebaliknya hanya disediakan tulisan arab (Saudi Arabia). Oleh itu, kita perlu pasang atau install font atau tulisan jawi sendiri di laptop.

Kita juga sedia maklum, tulisan arab dan tulisan jawi adalah sama bentuknya tetapi ada penambahan 6 huruf pada tulisan jawi iaitu  چ ڠ ݢ ڤ ۏ ڽ. Oleh itu, tulisan Arab yang disediakan pada windows kita masih tidak cukup lengkap dijadikan sebagai ganti kepada tulisan jawi. Oleh itu kena juga install lain.

Tapi jangan risau, anda boleh ikuti tutorial mudah ini cara install tulisan jawi di komputer dengan betul dengan menggunakan perisian tulisan jawi UKM untuk tahun 2021.

Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop

Dalam tutorial ini, anda perlu buat 2 perkara iaitu install perisian tulisan jawi dan juga install font jawi. Jom kita tengok caranya dibawah:

Langkah 1:

Anda perlu download terlebih dahulu perisian JAWI UKM. Kemudian anda extract file tersebut menggunakan software WinRar atau mana-mana yang berkaitan.

Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop Atau Komputer Anda Dengan Mudah

Langkah 2:

Klik pada file setup.exe

Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop Atau Komputer Anda Dengan Mudah

Langkah 3:

Ikuti segala arahan yang diberi, kemudian install sehingga selesai

Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop Atau Komputer Anda Dengan Mudah

Langkah 4:

Untuk pastikan perisian ini berjaya dipasang dengan betul. Anda boleh semak dengan klik pada bahagian Keyboard dibawah bawah kanan desktop anda. Jika dipaparkan JAWI UKM 2016 Keyboard, itu bermakna sudah ter install dengan jayanya.

Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop Atau Komputer Anda Dengan Mudah

Install Font Jawi

Apabila perisian jawi ini sudah berjaya, ianya perlu diselarikan dengan font yang bersesuai. Antara jenis font yang anda boleh gunakan seperti Font Arabic typesetting, Font Jawi Uthman Taha, Font Jawi Lateef, Font Majalla. 

Anda boleh download mana-mana font dengan klik disini.

Langkah 1:

Kemudian install font tersebut, dengan double-klik pada font dan klik Install

Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop Atau Komputer Anda Dengan Mudah

Langkah 2:

Tunggu sehingga selesai. Jadi anda sudah boleh gunakan tulisan jawi di laptop.

Cara Aktifkan Tulisan Jawi

Untuk aktifkan keyboard tulisan jawi, anda hanya perlu tukar pada bahagian kanan bawah dekstop anda kepada Font JAWI UKM. Secara automatik, keyboard anda kini menyokong tulisan jawi. Anda boleh cuba di microsoft word, powerpoint atau mana-mana perisian.

Tulisan Rumi

Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop Atau Komputer Anda Dengan Mudah

Tulisan Jawi

Cara Install Tulisan Jawi Di Laptop Atau Komputer Anda Dengan Mudah

Jika anda seorang guru atau individu yang kerap menggunakan tulisan jawi, boleh dapatkan stiker jawi dan lekat pada keyboard anda. Senang untuk membuat kerja. Boleh dapatkan di Shopee sahaja dengan klik dibawah

Sticker Keyboard Tulisan Jawi

Post a Comment

Previous Post Next Post