8 Power bank Terbaik Untuk iPhone Yang Mempunyai Lesen MFI

Power bank terbaik untuk iphone ada lesen mfi

Jika anda sedang mencari sebuah power bank terbaik sesuai dengan iPhone anda. Sebaiknya anda mencari power bank yang mempunyai lesen MFI yang diiktiraf oleh Apple sendiri. Ini senarai 8 power bank terbaik untuk anda.

Bagi menjaga kualiti dan keselamatan peranti Apple seperti iPhone, mereka mengeluarkan lesen khas iaitu Made For iPhone (MFI) kepada pengeluar yang ingin menghasilkan aksesori termasuk power bank. Anda boleh tengok senarai pengeluar aksesori dengan lesen MFI disini

Dengan lesen MFI, ini bermakna jenama dan model power bank tersebut selamat berkualiti dan selamat digunakan oleh peranti iPhone, iPad dan iPod. Antaranya dari jenama ZMI, Aukey, Anker, Idmix dan banyak lagi.

Selain daripada power bank, antara aksesori lain yang perlu memiliki lesen MFI seperti kabel lightning, dock, charger dan adapter. Nak beli apa-apa aksesori untuk iPhone anda, pastikan ada cop MFI.

Ikea pun ada keluarkan cable lightning juga tau. Siap ada cop MFI. Beli sini

Senarai 8 Power Bank Terbaik Untuk iPhone (Lesen MFI)

Untuk pastikan iPhone anda selamat dengan aksesori third-party terutamanya seperti power bank, anda perlu labur sedikit untuk jenama yang diiktiraf oleh Apple yang mempunyai lesen MFI.

Dalam senarai ini, semua mempunyai lesen MFI. Anda boleh beli

#1 - UGREEN MFI Power Bank (50914)

UGREEN MFI Power Bank (50914)

Dengan kapasiti 10,000 mAh, ianya mampu untuk anda caj 2 hingga 3 kali iPhone X, 11, 12 dan 13 anda. Selain itu, ianya mempunyai kabel lightning tersedia pada power bank dan anda tidak perlu bawa kabel tambahan. Kabel juga mempunyai lesen MFI.

Dalam masa yang sama juga, anda boleh caj telefon android lain, kerana ianya juga mempunyai port USB-A dan juga micro USB. Harga yang ditawarkan sekitar RM119 sahaja.

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#2 - Idmix P10Ci Power Bank

Idmix P10Ci Power Bank

Mungkin anda jarang dengar jenama Idmix tetapi mereka mempunyai lesen made for iPhone, iPad, iPod (MFI) tau. Dengan saiz yang compact, ianya menawarkan kapasiti power bank sebesar 8000 mAh.

Kabel lightning tersedia untuk iPhone dan mempunyai 2 output lain iaitu USB-A dan USB-C (5V/3A). Tambahan pula, power bank ini ada LCD display menunjukkan peratus kapasiti bateri. Tanda harga bermula RM169

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#3 - ZMI Wireless Power Bank (WPB100)

ZMI Wireless Power Bank (WPB100)

Jenama seterusnya adalah ZMI. Menawarkan sebuah power bank wireless MFI dengan kapasiti 10,000 mAh untuk 18W. Best ada Qi Wireless yang support sehingga 5W. Boleh la caj iPhone 11, iPhone 12 dan iPhone 13 anda secara wireless

Selain wireless, ada output USB-A, USB-C dan juga lightning input. Kabel pengecaj adalah asing dan tiada pada power bank seperti senarai sebelumnya. Harga bermula RM169

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#4 - Belkin BOOST CHARGE Power Bank

Belkin BOOST CHARGE Power Bank

Anda boleh juga dapatkan jenama Belkin yang menawarkan kapasiti bateri sebesar 10,000 mAh dengan support sehingga 12W untuk port lightning. Manakala port kedua hanya support 5W sahaja. Kedua-dua port adalah USB-A.

Power bank ini ada menyediakan lampu indikator bagi level pengecasan. Semakin kurang lampu menyala, semakin kurang kapasiti power bank. Power bank ini hanya boleh dicaj menggunakan kabel lightning sahaja. Harga RM199

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#5 - Anker A1233 Power Bank

Anker A1233 Power Bank

Jenama yang terkenal Anker juga mempunyai lesen MFI. Anda boleh dapatkan model A1233 dengan kapasiti bateri sebesar 10,000 mAh dengan kabel lightning tersedia yang support sehingga 12W.

Output lightning dan juga USB-A, dan input charging juga lightning. Ada juga lampu indicator pada power bank tersebut. Harga RM298

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#6 - ZMI Bidirectional Quick Charge Power Bank (QB910M)

ZMI Bidirectional Quick Charge Power Bank (QB910M)

Sebuah lagi jenama ZMI dalam senarai ini tapi tanpa wireless charging. Power bank ini mempunyai ciri 18W Power Deliveri (PD) sebesar 10,000 mAh. Boleh caj sehingga 50% dalam masa 30 minit sahaja.

Terdapat 2 jenis output iaitu USB-A dan USB-C manakala 1 input charing iaitu port lightning. Hanya seberat 210 g sahaja. Harga antara termurah dalam senarai iaitu RM188

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Lazada

#7 - Idmix Mr Charger (CH05-MFI)

Idmix Mr Charger (CH05-MFI)

Power bank ini juga mempunyai kapasiti bateri sebesar 10,000 mAh dengan support output USB-C sehingga 15W manakala kabel lightning tersedia support sehingga 12W sahaja.

Paling menarik ianya mempunyai ciri pass-through charging dimana boleh digunakan sebagai power bank dan juga charger. Anda boleh caj iPhone terlebih dahulu kemudian barulah ianya caj power bank tersebut. Harga bermula RM179 sahaja, paling murah dalam senarai

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Shopee】【Lazada

#8 - Anker A1222 Power Bank

Anker A1222 Power Bank

Dengan kapasiti 10,000 mAh yang support sehingga 12W ini, ianya mampu caj penuh iPhone 11 dalam tempoh 2.1 jam, 2.9 jam untuk iPhone X dan 1.3 jam untuk iPad Mini 5. Lightning cable tersedia pada power bank.

⏩ Link Shopping :【Shopee】【Shopee】【Lazada

Post a Comment

Previous Post Next Post