Saksikan Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3 & Viu Malaysia

Saksikan Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3 & Viu Malaysia

Slot Akasia kali ini membawakan sebuah drama melayu terbaru 2021 bertajuk Perisiki Cinta Tak Diundang yang akan disiarkan bermula 21 September ini di TV3 dan juga penstriman Viu Malaysia.

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama 'Perisik Cinta Tak Diundang' karya Puteri Aqish yang telah diterbitkan pada tahun 2018. Ianya bagi menggantikan drama Shah Alam 40000.

Barisan Pelakon

Perisik Cinta Tak Diundang menampilkan gandingan pelakon antara Andi Bernadee dan Shiha Zikir sebagai pelakon untuk watak utama.

Mereka dibantu oleh Hafidz Roshdi, Esma Daniel, Shamsul Ghau Ghau, Bella Astillah, Wani Kayrie, Salina Saibi, Fazlina Ahmad Daud, Norish Karman, Amanda Misbun, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Pengarah & Produksi

Drama 12 episod ini diarahkan oleh Azmi Mohd Hata dibawah syarikat produksi OrangeTree Production Sdn. Bhd.

Saksikan Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3 & Viu Malaysia

OST Drama

Lagu : Bebas
Penyanyi : Sissy Iman
Komposer : Mas Dewangga, Jova Devito, Aden King
Lirik : Mas Dewangga, Jova Devito, Aden King

Lagu : AEWO
Penyanyi : Shiha Zikir ft. Noki
Komposer : Ezra Kong
Lirik : Ezra Kong & Noki

Sinopsis Drama Perisiki Cinta Tak Diundang

Drama ini mengisahkan tentang Medina Mikayla (Shiha Zikir) yang tinggal bersama ibunya, Mak Tah dan adiknya, Anida di sebuah kampung. Medina ialah seorang graduan kulinari yang bercita-cita mahu menjadi seorang cef yang berjaya. Dia menjual nasi lemak dan kuih muih di kampung sementara mencari pekerjaan.

Niyaz Aqasha (Andi Bernadee) telah bercuti ke resort milik ayahnya Tuan Muhsin di kampung Medina. Mereka sekeluarga menyambut ulang tahun perkahwinan Tuan Muhsin dan Puan Rogayah di situ. Niyaz dan Medina telah berkenalan secara tidak sengaja di kampung. Selepas itu, mereka sering terjumpa. Namun, pelbagai peristiwa lucu telah berlaku antara mereka.

Tuan Muhsin yang berkenan dengan masakan Medina telah mengambil Medina untuk bekerja di restorannya di KL. Niyaz terkejut. Tuan Muhsin suruh Niyaz menguruskan restoran itu dan boleh mengenali Medina. Niyaz memberi syarat dia nak ‘merisik’ perangai dan hati budi Medina dulu. Niyaz juga meminta Tuan Muhsin merahsiakan identitinya dan hanya mahu menjadi pekerja biasa di situ.

Medina kemudian bekerja di restoran Tuan Muhsin. Begitu juga dengan Niyaz. Di sana mereka mula mengenali antara satu sama lain dan semakin rapat. Medina juga memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Firas (Hafidz Roshdi) kerana sikap barannya yang susah dikawal. Pada masa yang sama, Tuan Muhsin telah masuk meminang Medina untuk Niyaz. Tanpa sengaja, Medina telah tersarung cincin lamaran Tuan Muhsin.

Medina terkejut apabila mengetahui itu adalah cincin lamaran untuknya sebab dia tidak bersedia menerima lamaran keluarga Tuan Muhsin itu. Lagipun dia tak kenal siapa anak Tuan Muhsin. Walaupun tidak sengaja, Mak Tah mengatakan itu adalah tanda Medina sudah terima lamaran selepas menyarung cincin itu. Apakah akan terjadi selepas itu?

Saksikan Drama Perisik Cinta Tak Diundang Slot Akasia TV3 & Viu Malaysia

Waktu Tayangan

Perisiki Cinta Tak Diundang disiarkan setiap isnin hingga jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 bermula 21 September ini. Anda juga strim secara online di Viu Malaysia selepas habis tayangan di tv secara percuma.

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4

Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8

Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 (Akhir)

Post a Comment

Previous Post Next Post