Drama I Tanggang Astro Citra (Astro Originals)

Drama I Tanggang Astro Citra Astro Originals

Astro kembali lagi dengan sebuah siri drama Astro Originals dan kali ini melalui drama I-Tanggang yang akan mula bersiaran pada 13 September 2020 di Astro Citra.

Jika sebelum ini, slot Astro Originals ini pernah disajikan dengan drama bukan clishe, Projek Anchor SPM yang mendapat sambutan hangat daripada penonton. Adakah drama ini juga akan dapat sambutan yang sama?

Kali ini ianya kembali menerusi drama 12 episod, I-Tanggang yang membawakan sebuah jalan cerita drama family crime berserta psiko yang mengetangahkan pesakin mental Munchaunsen Syndrome by Proxy.

Mungkin anda biasa dengan anak derhaka kepada ibu bapa, tetapi jarang sekali ketahui cerita bagaimana ibu bapa yang derhaka kepada anak-anaknya sendiri.

Drama I Tanggang Astro Citra Astro Originals

Jalan cerita drama ini dihasilkan oleh 3 penulis skrip iaitu Wan Hasliza, Wan Alaudin, Keen dan diarahkan oleh 4 orang pengarah; Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Rashidi Ishak.

Drama terbitan KL Motion Pictures ini menampilkan barisan pelakon utama iaitu Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin dan Sofia Jane.

Mereka dibantu oleh Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh, Syed Nahar, Rosdeen Suboh, Yuyun Hikmah, Aiman Badrul, Amanda Misbun, Dato Rahim Razali, Pushpa Narayan, Zul Huzaimy, Nadine Eniahani, Syed Muhammad Baqir, Alessandra Alyssa, Haeriyanto Hassan, Azlan Komeng dan ramai lagi.

Drama I Tanggang Astro Citra Astro Originals

Sinopsis Drama I-Tanggang

Drama I Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Kay (Danish Hazriq) yang memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak kerana menghidap kanser.

Erma (Sherie Merlis) iaitu ibu kepada Khay pula merupana seorang social media influencer. Selain itu juga, dia juga merupakan seorang penulis buku dan penjual essential oil yang berjaya.

Pada sebuah majlis pelancaran buku milik Erma, dia telah membuat satu pengumuman tentang jangka hayat anaknya untuk hidup iaitu hanya 6 bulan sahaja. Ini sekali gus mengejutkan Khay.

Drama I Tanggang Astro Citra Astro Originals

Dengan perkhabaran perkara tersebut, selain Khay, Rahmat (Faizal Hussein) iaitu ayah Khay dan juga Dr. Nini (Sofia Jane) yang pernah merawat Khay sebelum ini. Mereka meragui atas berita tersebut.

Rahmat dan Khay sebenarnya tidak bertemu kerana Erma telah memutuskan hubungan mereka dan seterusnya menghilang. Dalam majlis pelancaran tersebutlah baru anak dan bapa dipertemukan kembali.

Disebabkan Rahmat tidak lagi mahu kehilangan Khay, dia telah menghadiahkan sebuah smartphone kepada anaknya tanpa pengetahuan ibunya. Ianya bagi memudahkan urusan komunikasi

Disebabkan telefon smartphone itulah, tertubuhnya group chat 'I-Tanggang' dimana Khay berjumlah 2 rakan baru secara online iaitu Royal E, Esra (Emma Sofea) dan CopeqRyder, Syafiq (Nadhir Nasar).

Jadi apakah yang terjadi seterusnya?

Drama I Tanggang Astro Citra Astro Originals

Waktu Tayangan

Jangan lupa untuk saksikan drama I-Tanggang Mother Of All Lies yang disiarakan setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra HD (CH 108) bermula 13 September ini.

Selain itu, anda boleh juga saksikan secara online menerusi Astro Go atau tonton secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel.

Post a Comment

Previous Post Next Post