Zoo Negara adakan "Lawatan Maya" secara percuma pada Ahad ini

Zoo Negara adakan "Lawatan Maya" secara percuma pada Ahad ini

Akhirnya selepas menunggu, buat pertama kali pihak pengurusan akan adakan Virtual Zoo Tour atau Lawantan Maya Zoo Negara pada Ahad ini. Paling best ianya adalah percuma.

Kita sedia maklum, Zoo beberapa kali dalam peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini sering kali diarahkan tutup oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

Dalam tempoh ini, Zoo Negera terutamanya tidak beroperasi seperti biasa dan pastinya tiada hasil kutipan bayaran kerana tiada pengunjung. Anda masih boleh membantu dengan menderma kepada Zoo Negara menerusi akaun bank (5144 2210 3830 - Maybank)

Sejak Februari yang lalu lagi, pihak pengurusan Zoo Negara telah bercadang untuk mewujudkan 'Zoo Maya' sebagai jalan keluar bagi menerusikan pengoperasian zoo tersebut.

Jadi untuk pencinta haiwan atau pengunjung yang ingin melihat haiwan yang terdapat di Zoo Negara selepas ini, boleh melihat secara maya. Bukan sahaja dalam negara, hatta sehingga seluruh dunia pun boleh.

Menerusi konsep Lawatan Maya ini, orang ramai boleh melihat haiwan secara online sahaja tanpa perlu datang ke Zoo Negara.

Sempena itulah, Zoo Negara akan adakan Virtual Tour secara percuma pada 15 Ogos 2021 iaitu pada hari Ahad bermula jam 10.00 pagi hingga 10.30 pagi menerusi facebook rasmi Zoo Negara di facebook.com/znegaramalaysia/

Pada hari tersebut, anda boleh ajak ramai-ramai ahli keluarga, rakan-rakan dan semuanya untuk melihat haiwan yang berada di Zoo Negara secara online.

Save the date! Jom tengok binatang!

Post a Comment

Previous Post Next Post