Hujan Meteor Perseids boleh dilihat bermula jam 12 tengah malam ini

Hujan Meteor Perseids boleh dilihat bermula jam 12 tengah malam ini

Orang ramai dapat melihat fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Perseids, bermula tengah malam ini iaitu waktu kemuncak, 13 Ogos 2021 pada 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi 

Seperti yang dilaporkan oleh Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), semasa kemuncak fenomena ini berlaku, dijangka secara purata sekitar 60 hingga 100 meteor sejam dan boleh mencecah sehingga 150 meteor sejam.

Pancuran Meteor Perseids selalunya bersinar dengan terang dan mudah dilihat sekiranya cuaca baik. Anda boleh menyaksikan fenomena ini hanya dengan menggunakan mata kasar dari lokasi yang gelap dan bebas dari pencemaran cahaya.

Tips yang boleh digunakan untuk mencerap Hujan Meteor Perseids

  • Pastikan cerapan dilakukan di kawasan yang lapang dan tiada halangan seperti bangunan, pokok atau rumah. 
  • Jangan duduk tepi tingkap rumah dan berharap dapat lihat meteor. Cuba dapatkan permandangan langit yang luas.
  • Jauhi persekitaran yang bercahaya. Lagi gelap lagi bagus.
  • Sesuaikan mata terhadap kegelapan selama 20 minit.
  • Tidak perlu melihat ke arah utara di buruj Perseus untuk melihat meteor-meteor ini. Ia akan muncul di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Selain itu, pihak MYSA ada juga membuat siaran langsung cerama bermula jam 8.00 malam ini menerusi facebook live atau youtube live Dark Sky Malaysia

Hujan Meteor Perseids

Nama Perseids adalah merujuk kepada titik kemunculan pancuran meteor ini di langit iaitu di kawasan buruj Perseus.

Pancuran Meteor Perseids berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi matahari merentasi laluan orbit komet Swift-Tuttle.

Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.


sumber : Agensi Angkasa Malaysia, MOSTI


Post a Comment

Previous Post Next Post