Tips dan cara pilih Maskara dengan betul, sesuai dengan keperluan anda

Tips dan cara pilih Maskara dengan betul

Bagi mereka yang tidak pernah atau baru ingin mula mencuba menggunakan maskara. Anda boleh dapatkan disini beberapa tips dan cara pilih mascara dengan betul untuk kegunaan harian.

Maskara adalah sebuah produk kosmetik yang digunakan untuk menyerlahkan bulu atau alis mata dengan menggelapkan, menebalkan atau memanjang bulu-bulu tersebut.

Jadi dengan memakai maskara, bulu mata anda nak tebal dan lebih jelas walaupun dipandang daripada jarak sedikit jauh daripada biasa. Pastinya wanita tersebut nampak lebih cantik.

Mungkin selepas ini anda akan memasuki alam remaja atau masuk ke dunia pekerjaan dan ingin menggunakan maskara. Anda boleh ikuti tips dan memilih ciri-ciri maskara apa yang sesuai dan patut dibeli.

 

Tips dan cara pilih Maskara dengan betul

Sebelum menggunakan maskara, sebaik-baiknya pilih dahulu maskara yang diiginkan, sesuai dengan keperluan anda. Ada 2 jenis maskara iaitu strong separate mascara dan curl long mascara.

Strong separate mascara digunakan untuk melentikkan bulu mata. Maskara ini dilengkapi berus berbentuk kecil dan rapat sehingga kawasan sudut-sudut mata dapat dicapai dengan maskara ini.

Manakala Curl long mascara pula digunakan untuk memanjangkan bulu mata. Berus elastiknya mampu membuatkan bulu mata lentik dan kelihatan panjang.

Tips dan cara pilih Maskara dengan betul

Antara tips penting untuk memilih maskara ialah pilih maskara yang sesuai dengan aktiviti anda. Ada maskara yang bersifat waterproof (tahan air) dan larut air. Jika anda seorang yang aktif dan sering berpeluh serta kerap 'bersama' air, sebaik-baiknya pilih maskara jenis ini.

Tetapi jika anda hanya memakai mekap harian, anda boleh memilih maskara yang larut air kerana ia mudah untuk dibersihkan.

Piliha maskara yang sesuai dengan warna kulit. jika anda berkulit gelap, maka pilih maskara warna hitam dan coklat. Namun jika anda berkulit cerah, anda lebih fleksibel dalam memilih warna maskara.

Pilih maskara yang mengandungi vitamin yang berfungsi untuk merawat bulu mata, apatah lagi jika kamu sering menggunakan maskara. 

Sebelum membeli, sebaik-baiknya teliti kandungan vitamin dan mineral yang terkandung di dalam maskara tersebut.

Antara maskara yang anda boleh dapatkan dipasaran:

  1. Maybelline Hypercurl Easy Wash Mascara [Shopee] [Lazada]
  2. L'Oreal Paris Voluminous Lash Paradise Mascara [Shopee] [Lazada]
  3. PINKFLASH Day & Night Natural Lengthening and Volume Waterproof Mascara [Shopee] [Lazada]
  4. Perfect Diary Mascara [Shopee] [Lazada]
  5. Perfect Diary X Sanrio MagicStay Long-lasting Mascara [Shopee] [Lazada]


Post a Comment

Previous Post Next Post