Siti Sarah meninggal dunia

Siti Sarah meninggal dunia

Penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia selepas bertarung dengan Covid-19. Beliau menghembus nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Pemakluman ini disampaikan sendiri oleh suaminya menerusi akaun peribadi Shuib Sepahtu sebentar tadi.

"5;13 minit pagi 9 Ogos 2021 Bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedehkan Al-Fatihah" - Ujar beliau

siti sarah meninggal dunia

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad juga memohon orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah isterinya.

Siti Sarah yang juga isterinya, Shuib meninggal dunia selepas beberapa hari bertarung nyawa melawan jangkitan wabak Covid-19.

Sebelum ini, Siti Sarah juga terpaksa ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak di dalam kandungan yang berusia 7 bulan.

Takziah kepada Shib diatas pemergian isterinya Siti Sarah. Moga Allah kurniakan keampunan dan di tempatkan bersama orang-orang yang soleh

Al-fatihah


Post a Comment

Previous Post Next Post