Perlu buat janji temu bagi urusan JPJ di Pejabat Pos. Ini caranya

Perlu buat janji temu bagi urusan JPJ di Pejabat Pos. Ini caranya

Pos Malaysia memaklumkan kepada orang ramai yang ingin berurusan di Pejabat Post Malaysia berkaitan pembaharuan Lesen Kenderaam Motor (Cukai Jalan) dan Lesen Memandu, anda perlu buat janji temu terlebih dahulu.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini telah mengumumkan bermula 9 Ogos 2021, orang ramai sudah boleh berurusan di Pejabat Post bagi urusniaga JPJ iaitu secara janjitemu yang boleh dibuat secara atas talian (online).

Ianya bertujuan bagi mengelakkan kesesakan semasa pandemik ini yang masih berlaku di dalam negara sehingga kini.

Justeru itu, mana-mana pelanggan yang ingin berurusan berkaitan urusniaga JPJ di pejabat post boleh membuat janjitemu secara online melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau menerusi aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai Ahad, 8 Ogos 2021.

Cara buat janji temu bagi urusniaga JPJ di Pejabat Pos secara online

Cara paling mudah adalah menggunakan aplikasi Post Malaysia di telefon pintar. Anda boleh download atau muat-turun secara percuma di Play Store atau App Store

1)  Jika sudah download, buka aplikasi Pos Malaysia anda seperti biasa

2)  Klik pada "Outlet Finder" dan kemudian cari cawangan pejabat pos terdekat anda dengan klik pada bahagian "Location Nearby". Jika sudah jumpa, klik link "Book you JPJ service appointment" untuk buat janjitemu.

Cara buat janji temu bagi urusniaga JPJ di Pejabat Pos secara online

3)  Anda boleh berurusan untuk 3 perkara bagi urusniaga JPJ iaitu renew road tax, insurance atau renewal driving license

Cara buat janji temu bagi urusniaga JPJ di Pejabat Pos secara online

4)  Kemudian pilih tarikh yang anda ingin berurusan bersama waktu yang ditetapkan.

5)  Akhir sekali, masukkan nama, emel dan nombor telefon dan klik "Book". Selesai

Cara buat janji temu bagi urusniaga JPJ di Pejabat Pos secara online

6)  Adalah sebaiknya, anda datang lebih awal sedikit dan sediakan semua dokumen yang diperlukan bagi memudahkan urusan.

Setiap orang pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot temujanji sehari dan menjalankan tidak lebih daripada 3 urusniaga setiap janjitemu.

Untuk sebaran pertanyaan, boleh hubungi menerusi AskPos di www.pos.com.my atau menerusi aplikasi Pos Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post