Menghapiri 20k! Negara mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 sebanyak 19,819

Menghapiri 20k! Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 sekali lagi sebanyak 19,819

Selepas mencapai angka 17k kes harian Covid-19, sekali lagi Malaysia mencatatkan bilangan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 19,819 kes sejak wabak melanda negara pada awal tahun 2020.

Sebelum ini, kita baru sahaja melihat hampir 6 hari berturut-turut negara mencatatkan kes harian melebih 17 ribu dan kali ini terus mencatatkan kes tertinggi ke angka 19 ribu.

Daripada jumlah ini, terdapat 5 negeri yang mencatatkan bilangan kes harian lebih daripada 1,000 iaitu Selangor dengan 8,377 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,467 kes), Johor (1,162 kes), Kedah (1,871 kes) dan Kelantan kembali dengan 1,003 kes.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh KKM, setakat 4 Ogos 2021, jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 yang pernah dicatatkan meningkat kepada 1,183,110 kes

Negara mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 sekali lagi sebanyak 19,819

Ini pastinya angka yang tidak disenangi terutamanya pada barisan frontliner yang bekerja siang dan malam bagi merawat dan melawan wabak ini sejak setahun lebih yang lalu.

Untuk kita, teruskan amalan norma baharu dan patuhi segala SOP. Sudah ramai kini dijangkiti. Terus pakai pelitup hidung dan mulut, kerap mencuci tangan dan amalkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

Bagi yang belum mendaftar ambilan vaksin, daftar lah dengan segera. Jika sudah sampai giliran untuk vaksinasi, sila hadir dalam waktu dan tarikh yang ditetapkan


Post a Comment

Previous Post Next Post