Cara Buat Auto Labur Di myASNB Menggunakan Laptop

Kemudahan Auto Labur kini di aplikasi myASNB. Ini langkah dan cara daftar

Hari ini, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan dimana aplikasi myASNB telah menyediakan kemudian Auto Labur khusus untuk akaun sendiri dan minor sahaja.

Auto Labur ialah perkhidmatan di myASNB yang membolehkan pelabur ASNB menetapkan pelaburan setiap bulan secara automatik iaitu serendah RM30.

Akan tetapi melalui aplikasi myASNB ini ianya adalah untuk akaun sendiri dan/atau akan anak-anak (Akaun Minor=Akaun Bijak/Remaja) sahaja.

Buat masa ini, unit amanah yang dibolehkan untuk kemudahan Auto Labur ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia 2 - Wawasan (ASM 2) dan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3).

Jika sebelum ini disediakan di portal dan kini di aplikasi myASNB. Kemudahan Auto Labur ini tiada caj yang dikenakan.

Cara dan langkah-langkah untuk mendaftar Auto Labur

Jika anda tiada lagi aplikasi myASNB, anda boleh muat turun di Google Play, App Store atau di AppGallery

Langkah 1 : Login ke akaun myASNB anda di www.myasnb.com.my

Kemudahan Auto Labur kini di aplikasi myASNB. Ini langkah dan cara daftar

Langkah 2 : Klik "Auto Labur", kemudian klik "Pendaftara"

Kemudahan Auto Labur kini di aplikasi myASNB. Ini langkah dan cara daftar

Langkah 3 : Pilih akaun yang dikehendaki untuk membuat potongan Auto Labur

Kemudahan Auto Labur kini di aplikasi myASNB. Ini langkah dan cara daftar

Langkah 4 : Untuk pendaftaran akaun pihak ketiga, isikan maklumat ID pemegang unit dan nombor kad pengenalan

Kemudahan Auto Labur kini di aplikasi myASNB. Ini langkah dan cara daftar

Langkah 5 : Lengkapkan maklumat yang diperlukan, isikan jumlah potongan, tarikh potongan dan nama bank

Kemudahan Auto Labur kini di aplikasi myASNB. Ini langkah dan cara daftar

Langkah 6 : Resit transaksi akan dipaparkan setelah pendaftaran berjaya. Caj RM1.00 akan ditolak dari akaun bank anda untuk proses pengesahan akaun. Jumlah ini akan dikreditkan semula ke dalam akaun ASNB anda dalam bentuk unit.

Kemudahan Auto Labur kini di aplikasi myASNB. Ini langkah dan cara daftar


Untuk maklumat lanjut atau ada persoalan yang tidak jelas, anda boleh pergi ke portal ASNB Auto Labur di www.asnb.com.my/myASNBautolabur


Post a Comment

Previous Post Next Post